MALAYSIA
Bajet Melaka 2026: Karnival OKU berskala mega bakal dianjurkan
Ab Rauf berkata karnival itu akan dijadikan medan mencungkil bakat dan potensi golongan berkenaan dalam acara sukan, bakat persembahan serta kerjaya, sekali gus dijadikan medium membawa mereka ke peringkat yang lebih tinggi. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Kerajaan negeri bakal menganjurkan karnival orang kurang upaya (OKU) berskala mega menerusi Bajet Melaka 2026 yang akan dibentangkan esok, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ringkasan AI
Beliau berkata karnival itu akan dijadikan medan mencungkil bakat dan potensi golongan berkenaan dalam acara sukan, bakat persembahan serta kerjaya, sekali gus dijadikan medium membawa mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
"Maklumat lengkap mengenai karnival ini akan dibentangkan pada pengumuman belanjawan negeri esok, dan pada masa sama kami juga bersetuju mengumumkan sesuatu sebagai bentuk penghargaan kepada warga OKU," katanya selepas merasmikan Karnival Kebajikan: Melaka Prihatin, Rakyat Disantuni di Wisma Jabatan Kebajikan Negeri (JKM) Melaka di Ayer Keroh di sini hari ini.
Mengulas mengenai majlis hari ini, beliau berkata penganjuran program itu adalah untuk menghargai tiga kelompok penting dalam ekosistem sosial iaitu warga emas, OKU dan kanak-kanak yang juga nadi utama kepada dasar dan inisiatif kerajaan negeri dalam membina Melaka yang lebih sejahtera dan inklusif.
"Program hari ini adalah komitmen kerajaan negeri dalam membina masyarakat yang menghargai kepelbagaian dengan memastikan tiga golongan ini disantuni melalui program yang benar-benar memberi kesan dan menyentuh kehidupan mereka.
"Program ini juga menjadi jambatan strategik yang mendekatkan kerajaan dengan rakyat dan terus tekad menyejahterakan kebajikan rakyat," katanya.
Beliau berkata pembinaan semula Wisma JKM bernilai RM7.9 juta yang berperanan sebagai pusat sehenti juga adalah usaha kerajaan negeri menyediakan infrastruktur kebajikan bertaraf tinggi dalam menyediakan perkhidmatan terbaik.
Terdahulu, JKM turut menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak Terbesar selepas melaksanakan program itu di 337 sekolah dengan melibatkan 128,148 kanak-kanak di seluruh negara pada 2024, termasuk 30 sekolah di Melaka yang membabitkan lebih 13,000 kanak-kanak.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Melaka bakal anjurkan karnival OKU berskala mega menerusi Bajet Melaka 2026.
- Karnival tersebut bertujuan mencungkil bakat dan potensi golongan OKU dalam pelbagai bidang untuk membawa mereka ke peringkat lebih tinggi.
- Program Karnival Kebajikan: Melaka Prihatin, Rakyat Disantuni menunjukkan komitmen kerajaan dalam membangunkan masyarakat inklusif dengan fokus kepada warga emas, OKU, dan kanak-kanak.