awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baju hujan tersangkut, tangan kanak-kanak tersepit rim motosikal

Sinar Harian
Sinar Harian
05/05/2025
09:08 MYT
Baju hujan tersangkut, tangan kanak-kanak tersepit rim motosikal
Tangan mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
BALIK PULAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangan kirinya tersepit pada rim motosikal dalam satu kemalangan di Jalan Tok Wan Don, Kampung Permatang Pasir di sini pada pagi Isnin.

Ringkasan AI
  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangan kirinya tersepit pada rim motosikal dalam satu kemalangan di Jalan Tok Wan Don, Kampung Permatang Pasir pada pagi Isnin. Mangsa menaiki motosikal Yamaha LC135 bersama seorang lelaki dewasa dipercayai bapa saudaranya, tersepit selepas pakaian hujan yang dipakainya tersangkut pada rim motosikal.
  • Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau, Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Fairus Omar berkata, bomba tiba di lokasi pada jam 9.50 pagi, namun mendapati tangan mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
  • Kanak-kanak lelaki itu dihantar ke hospital oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.58 pagi melibatkan enam anggota dengan kekuatan dua jentera dari BBP Balik Pulau.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.44 pagi itu, mangsa yang menaiki motosikal Yamaha LC135 bersama seorang lelaki dewasa dipercayai bapa saudaranya, tersepit selepas pakaian hujan yang dipakainya tersangkut pada rim motosikal.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau, Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Fairus Omar berkata, bomba tiba di lokasi pada jam 9.50 pagi, namun mendapati tangan mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
"Sepasukan anggota dari BBP Balik Pulau bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan, namun mangsa tiada di lokasi kejadian.
“Kanak-kanak lelaki itu difahamkan dihantar ke hospital oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.58 pagi melibatkan enam anggota dengan kekuatan dua jentera dari BBP Balik Pulau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kanak-kanak cedera
#kemalangan motosikal
#baju hujan tersangkut
#tayar motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan