Suasana di Masjid Wilayah hujung bulan lalu nyata agak berbeza.
Timbunan plastik dan kotak mengisi ruang kosong di kompleks masjid. Beberapa anggota sukarela pula kelihatan sibuk menyusun barangan untuk edaran.
Semua ini adalah bagi menjayakan program amal Baju Raya Project anjuran Pertubuhan Projek Kasih.
Pengurus projek, Musliyana Mansor memberitahu sejak tiga tahun lalu, program Baju Raya Project tidak pernah mengecewakan.
Bukan sahaja pengumpulan barang, malah sumbangan tenaga sukarelawan juga amat memberangsangkan.
"Dengan aktiviti sebegini, secara tidak langsung, kami menggalakkan orang awam menjadi sukarelawan, berikan masa mereka untuk melakukan kerja-kerja amal, di mana kita kongsi pahala bersama."
Katanya, konsep yang digunakan -- kumpul, asingkan dan edar -- membawa kepada sikap prihatin dan memupuk semangat mahu membantu dalam kalangan masyarakat.
Bagi sukarelawan, aktiviti seumpama ini secara tidak langsung membuka minda dan hati untuk bersyukur dengan apa yang ada.
"Sejak saya sertai aktiviti ini, saya lebih terbuka untuk sertai aktiviti kebajikan, di mana selain memberi baju dan makanan, saya juga kumpul duit, beri sumbangan.
"Kita kongsi susah senang, kita belajar cara hidup susah, susah orang kita belajar," kata Nana Azman.
Turut senada, kembarnya Nini Azman memberitahu melalui kerja-kerja amal sebegini, ia mampu memberi kesedaran bahawa lebih ramai yang memerlukan.
"Kita tidak sedar sebenarnya ramai yang lebih memerlukan daripada kita. Apabila ada aktiviti macam ini, kita dapat membantu orang walaupun sedikit," jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai Baju Raya Project, Pengurus Pendaftaran Sukarelawan, Adib Khalid memaklumkan setiap baju raya yang diserahkan kepada persatuan atau rumah kebajikan yang dipilih adalah berkualiti dan mengikut saiz yang diberikan.
Tambahnya, semua proses itu dijalankan dalam tempoh satu hari.
"Program akan berjalan satu hari penuh, dari pagi kita hanya menerima sumbangan. Bermula jam 1 tengah hari, siap susun dan bahagikan untuk sukarelawan hantar ke rumah yang dipilih.
"Para sukarelawan akan pastikan baju-baju yang diterima masih dalam keadaan baik, kemudian dilipat, diasingkan mengikut saiz dan seterusnya dibungkus sebelum dihantar ke rumah-rumah yang dipilih mengikut jumlah penerima," jelas Adib.
Bagi mereka, apa yang diharapkan dengan sumbangan yang diberikan ini dapat menggembirakan para penerima.
Pada 18 Jun ini, program amal Baju Raya Project seterusnya akan diadakan di Putra Bakti, Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula 8.30 pagi hingga 1 tengah hari.
Selain baju raya, jenis sumbangan yang diperlukan termasuk beras, tepung, gula, susu pekat manis dan juga kuih raya.
Khairunnisa Kasnoon
Sat Jun 11 2016
Bagi sukarelawan, aktiviti seumpama ini secara tidak langsung membuka minda dan hati untuk bersyukur dengan apa yang ada.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Baju Raya Project: Hulurkan tangan, bantu mereka yang memerlukan
Bagi sukarelawan, aktiviti seumpama ini secara tidak langsung membuka minda dan hati untuk bersyukur dengan apa yang ada.