awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal pengantin dikhuatiri lemas ditarik ombak Pantai Kelulut

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
25/12/2020
22:13 MYT
Bakal pengantin dikhuatiri lemas ditarik ombak Pantai Kelulut
Pencarian sejauh tiga kilometer dilakukan merangkumi pesisir pantai dihentikan lewat malam tadi dan bersambung semula pagi ini. - Foto Astro AWANI
MARANG:Hasrat seorang lelaki menamatkan zaman bujangnya mungkin tidak kesampaian selepas dikhuatiri lemas petang semalam.
Mangsa Naim Hariri Kamaruddin, 31, dipercayai ditarik ombak ketika mandi di Pantai Kelulut di sini dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang Jumaat.
Menurut bapa pengantin perempuan, Ismail Awang, majlis akad nikah anaknya bersama mangsa dijadual berlangsung pada jam 10 pagi ini.
Katanya, anaknya telah bertunang pada bulan lepas selepas saling mengenali beberapa tahun lalu.
Bakal pengantin dikuatiri lemas di Pantai Kelulut
“Waktu saya sedang buat persiapan untuk majlis kenduri esok, tiba-tiba dapat berita daripada anak saya yang tunangnya lemas.
“Jadi kami bergegas ke sini selepas solat Maghrib dan jumpa dengan keluarga sebelah lelaki.
“Kami reda dengan apa yang berlaku dan berdoa supaya dia dapat ditemui dengan selamat dalam apa cara sekali pun,” katanya kepada media lewat malam tadi.
Menurut Ismail, keluarga pengantin lelaki yang berasal dari Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur telah tiba di sini pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata pencarian sejauh tiga kilometer dilakukan merangkumi pesisir pantai.
Pencarian dihentikan lewat malam tadi dan bersambung semula pagi ini dengan skala yang lebih besar pada jam 8 pagi ini.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai agar berwaspada dengan keadaan cuaca semasa dan mengikuti arahan pihak berkuasa.
“Saya menasihatkan masyarakat supaya tidak mandi di kawasan pesisir pantai pada masa sekarang kerana kita melihat bahawa keadaan ombak sangat kuat dan laut bergelora.
“Kita sering kali bagi nasihat supaya masyarakat tidak mandi pada musim tengkujuh tetapi nasihat kita tidak diendah dan inilah yang berlaku sekarang,” katanya.
Topic Berkaitan
#lemas
#bakal pengantin
#operasi
#Pantai Kelulut
#musim tengkujuh
#dikhuatiri lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan