awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal pengantin jatuh sungai selepas beli ikan di Pasar Bisik ditemukan lemas

Sinar Harian
Sinar Harian
29/10/2024
09:00 MYT
Bakal pengantin jatuh sungai selepas beli ikan di Pasar Bisik ditemukan lemas
Mayat mangsa dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) di Pasar Bisik Kota Kuala Muda pada Selasa. - Foto JBPM Kedah
SUNGAI PETANI: Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas membeli ikan di Pasar Bisik Kota Kuala Muda dalam kejadian kira-kira 12.25 tengah hari Ahad lalu, ditemukan di kawasan pantai dalam dekat sini pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Wohd Zin berkata, mangsa, Muhamad Aiman Safwan Mahadzir, 25, ditemukan kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi terakhir dia terjatuh.
Menurutnya, operasi pencarian telah bermula pada jam 9.20 pagi sebelum mayat mangsa dijumpai oleh orang awam pada jam 11:50 pagi.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) di Pasar Bisik Kota Kuala Muda dan diserahkan kepada pihak PDRM pada jam 1.12 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Wan Mohd Hamizi berkata, usaha pencarian pada hari ketiga tersebut dilakukan di pesisiran pantai dengan bantuan satu unit bot penyelamat melibatkan lima anggota yang dibantu oleh empat unit bot nelayan.
Menurutnya, satu bot penyelamat bersama enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) juga keluar membuat pencarian ‘surface water resque’ dengan jarak 1.5 hingga 2 batu nautika.
Pada Isnin, dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari pada Ahad, mangsa difahamkan kali terakhir dilihat berada di pesisir pantai Pasar Bisik untuk menunggu bot nelayan yang baharu tiba membawa muatan ikan sebelum dilaporkan terjatuh dan hilang daripada pandangan orang ramai dipercayai dibawa arus deras.
Sebelum kejadian, Muhammad Aiman sempat menelefon ibunya pada jam 11.30 pagi dan memaklumkan berada di lokasi kejadian untuk membeli ikan.
Lebih memilukan, anak sulung daripada tiga beradik itu kini sedang membuat persiapan akhir majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tiga bulan lagi. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bakal pengantin jatuh sungai
#pasar bisik
#mayat dtemui
#bomba kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan