awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Nurul Nazla ditemui selamat
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar suar: Lima lelaki dihadapkan ke mahkamah langgar SOP

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2021
06:57 MYT
Bakar suar: Lima lelaki dihadapkan ke mahkamah langgar SOP
Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.
BATU PAHAT: Lima lelaki dihadapkan ke mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam kejadian rusuhan dan pembakaran suar di Parit Raja pada 13 Mei lalu.
Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.
Tertuduh, Muhammmad Farhan Mhd Basri, 22, Nur Muhammad Afif Norazam, 23, Mohammad Faizul Naim Ahmad, 23, Muhammad Al Azim Abd Rasid, 19, dan Muhamad Hafizul Helmi Zailan, 23, didakwa atas kesalahan melakukan aktiviti terlarang dengan menyertai perhimpunan tanpa memakai pelitup muka.
Kesalahan itu dilakukan di persimpangan lampu isyarat Parit Raja di sini yang merupakan lokasi dalam kawasan jangkitan kira-kira pukul 2 pagi pada 13 Mei lalu.
Mereka didakwa mengikut Peraturan 9 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 17 (1) peraturan yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara kurang daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bakar Suar | Lima lelaki dihadapkan ke mahkamah langgar SOP
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunos manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Mohd Fared Mohd Khalid.
Pihak pendakwa raya menetapkan jaminan RM6,000, namun, mahkamah kemudian menetapkan lima tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes pula ditetapkan pada 26 Ogos depan.
Terdahulu, pada 14 Mei lalu, pihak polis menahan 20 individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian merusuh, pembakaran suar dan menaikkan kain rentang di Parit Raja.
Siasatan | Polis tahan tujuh lagi individu insiden rusuhan bakar suar
Topic Berkaitan
#bakar suar
#Parit Raja
#kejadian rusuhan
#pembakaran suar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan