awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baki 712 pelajar cemerlang SPM ditawar program matrikulasi secara berperingkat

Bernama
Bernama
11/07/2024
15:58 MYT
Baki 712 pelajar cemerlang SPM ditawar program matrikulasi secara berperingkat
Fadhlina berkata pihaknya akan memastikan kesemua pelajar SPM berkenaan yang memperoleh 10A dan ke atas akan mendapat tawaran tersebut secara berperingkat. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Baki 712 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tawaran ke program matrikulasi akan ditawarkan selewat-lewatnya minggu ketiga bulan depan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata pihaknya akan memastikan kesemua pelajar SPM berkenaan yang memperoleh 10A dan ke atas akan mendapat tawaran tersebut secara berperingkat.
"Kenapa minggu ketiga Ogos?...kerana ada tawaran UPU pada 6 Ogos in, jadi kita bagi pilihan kepada mereka sama ada mereka nak pilih UPU atau matrikulasi," katanya pada sesi kamar khas di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) mengenai isu pelajar cemerlang lepasan SPM yang gagal mendapat tempat di program matrikulasi.
Fadhlina berkata jumlah pelajar cemerlang yang memperoleh 10A ke atas dan memohon bagi program matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) adalah seramai 4,877 iaitu 2,610 pelajar Bumiputera dan 2,267 bukan Bumiputera.
Beliau berkata bagi ambilan pertama kemasukan ke program tersebut, 3,684 orang ditawarkan mencakupi 2,496 pelajar Bumiputera dan 1,188 pelajar bukan Bumiputera.
Katanya, seramai 400 pelajar cemerlang iaitu 33 Bumiputera dan 367 bukan Bumiputera ditawarkan untuk ambilan kedua yang mula mendaftar pada hari ini dan esok.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Jun lepas mengumumkan jaminan kemasukan ke program matrikulasi bagi pelajar cemerlang SPM yang memperoleh 10A ke atas tanpa mengira kaum dan latar belakang serta memberi jaminan kuota Bumiputera tidak terjejas dengan pengambilan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Sijil Pelajaran Malaysia
#Kamar Khas
#program matrikulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan