awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Balai Bomba Rantau Panjang tetap beroperasi walaupun dilanda banjir

Sinar Harian
Sinar Harian
28/11/2024
07:01 MYT
Balai Bomba Rantau Panjang tetap beroperasi walaupun dilanda banjir
Operasi di BBP Rantau Panjang berjalan seperti biasa walaupun premis itu dinaiki air sejak awal pagi Khamis.
RANTAU PANJANG: Operasi di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang di sini berjalan seperti biasa walaupun premis itu dinaiki air banjir sedalam 0.6 meter sejak awal pagi Khamis.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin semasa dihubungi pemberita.
"Anggota pasukan masih lagi menjalankan tugas menyelamat mangsa banjir di kawasan Rantau Panjang walaupun balai dinaiki air," katanya.
Menurut beliau, situasi itu tidak menggugat semangat anggota untuk berkhidmat.
Katanya, BBP Rantau Panjang masih menjalankan fungsi sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk banjir.
"Ketika ini paras air di dalam balai 0.6 meter.
"Operasi memindahkan mangsa banjir masih berjalan seperti biasa," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#Rantau Panjang
#balai bomba
#balai tenggelam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan