Balu bekas Mufti Perak meninggal dunia

Astro Awani
Februari 23, 2022 15:49 MYT
Puan Sri Ainon Abdul Ghani meninggal dunia pada Rabu. - Sumber foto: Facebook
KUALA LUMPUR: Balu bekas Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria, Puan Sri Ainon Abdul Ghani, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada Rabu.
Allahyarham yang berusia 82 tahun, meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang.
Menurut laporan Berita Harian, anak Allahyarham, Datuk Ahmad Wafi Harussani, ibunya ke hospital bagi membuat rawatan lanjut kerana demam, namun meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan.
Katanya, kesihatan ibunya merosot sejak kira-kira tiga bulan lalu.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat di sini pagi esok (Khamis).
Allahyarham Harussani meninggal dunia pada 30 Mei tahun lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas disahkan positif COVID-19.
#Tan Sri Harussani Zakaria #Mufti Perak #Puan Sri Ainon Abdul Ghani #balu bekas Mufti Perak #Ainon Abdul Ghani