awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ban berhampiran pintu kunci air Taman Sri Muda pecah, bomba siap sedia

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
02/03/2022
15:18 MYT
Ban berhampiran pintu kunci air Taman Sri Muda pecah, bomba siap sedia
Ban berhampiran pintu kunci air telah pecah mengakibatkan limpahan air berlaku. - Gambar/ FB MK MK
KUALA LUMPUR : Penduduk Taman Sri Muda di Shah Alam dilanda kebimbangan apabila ban berhampiran pintu kunci air di kawasan itu pecah mengakibatkan limpahan air di perumahan berhampiran.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.15 malam tadi dan menghantar pasukan untuk membuat pemeriksaan.
Katanya, bomba bersedia dengan sebarang kemungkinan, namun keadaan setakat ini adalah terkawal.
"Dilaporkan ban berhampiran pintu kunci air telah pecah mengakibatkan limpahan air berlaku dan dikhuatiri melimpah ke kawasan perumahan berhampiran.
"Pihak bomba telah bersiap sedia dengan bot aluminium, bot fiber dan kenderaan untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Katanya, kerja pembaikan sedang dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Topic Berkaitan
#Kunci pintu air
#taman sri muda
#shah alam
#limpahan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan