awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ban pecah: 30 rumah di Mukim Sungai Durian terjejas

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/05/2022
02:30 MYT
Ban pecah: 30 rumah di Mukim Sungai Durian terjejas
Setakat ini belum ada keluarga yang dipindahkan tetapi banjir kira-kira 0.3 meter itu menjejaskan aktiviti harian penduduk, termasuk pelajar. - Foto ihsan pembaca
PASIR SALAK: Fenomena air pasang besar yang luar biasa di Mukim Sungai Durian, Hilir Perak, sejak Ahad lalu telah menyebabkan enam ban pecah sehingga menjejaskan lebih 30 buah rumah di samping pelbagai premis lain dan kebun penduduk di dua buah kampung.
Dua kampung yang terjejas ialah Kampung Sungai Durian dan Kampung Selat Masjid.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah, Datuk Wan Norashikin Wan Noordin berkata, dua daripada enam ban itu mengalami kerosakan yang kritikal dan memerlukan pembaikan segera.
Keadaan di sekitar kampung yang terjejas. - Foto ihsan pembaca
Keadaan di sekitar kampung yang terjejas. - Foto ihsan pembaca
"Antara enam itu dua adalah dalam keadaan kritikal kerana satu berhampiran rumah penduduk dan yang satu lagi tu dia betul-betul di belakang Tadika Kemas dan juga masjid di Kampung Sungai Durian.
"Jadi dua itu saya rasa merupakan satu kecemasan yang telah saya bincang bersama JPS dan JD JPS telah bersetujulah untuk membaiki dua itu dulu.
"Semalam saya telah berjumpa dengan Pengarah JPS dan Timbalan Pengarah membawa masalah yang sama dan insyaAllah mereka juga akan mencari bajet untuk membaiki kerosakan di tempat yang empat lagi itu," katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Khidmat DUN Kampung Gajah, pada petang Khamis.
Beliau yang juga Exco kerajaan negeri Perak berkata, kos untuk baik pulih dua ban yang kritikal adalah antara RM200,000 hingga RM300,000 manakala lebih RM700,000 untuk membaiki empat ban lagi.
Katanya, ketika ini air pasang mula surut dan dijangka naik semula menjelang Ahad ini.
Menurutnya, kerja-kerja baik pulih dua ban yang kritikal pula dijangka hanya dapat dimulakan dalam masa 10 hari apabila air benar-benar surut.
Keadaan rumah penduduk susulan kejadian ban pecah. - Foto ihsan pembaca
Keadaan rumah penduduk susulan kejadian ban pecah. - Foto ihsan pembaca
Bagaimanapun, setakat ini belum ada keluarga yang dipindahkan tetapi banjir kira-kira 0.3 meter itu menjejaskan aktiviti harian penduduk, termasuk pelajar.
Topic Berkaitan
#ban pecah
#Sungai Durian
#air pasang besar
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan