MALAYSIA
Banci Ekonomi 2026: Memacu struktur dan prestasi ekonomi negara
Mohd Uzir menegaskan, banci ini bukan sekadar pengumpulan data, tetapi alat strategik untuk pembangunan inklusif dan pertumbuhan berstruktur.
KUALA LUMPUR: Dalam usaha memperkukuh dasar ekonomi negara, Banci Ekonomi 2026 dilancarkan dengan fokus tinggi terhadap kerahsiaan data, ketepatan statistik dan analisis prestasi ekonomi yang mendalam.
Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin menegaskan, banci ini bukan sekadar pengumpulan data, tetapi alat strategik untuk pembangunan inklusif dan pertumbuhan berstruktur.
“Kerahsiaan data adalah keutamaan utama kami. Data responden dilindungi sepenuhnya dan hanya digunakan untuk tujuan statistik.
"Ianya bukan untuk penguatkuasaan atau kepentingan individu tertentu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Agenda Awani pada Rabu lalu.
Katanya, banci berkenaan merangkumi lebih 1.3 juta entiti perniagaan, termasuk PKS, syarikat besar dan industri strategik.
Statistik yang ditunjukkan adalah agregat bagi memastikan maklumat syarikat individu tidak didedahkan dan kepercayaan penyedia data terpelihara.
"Sekurang-kurangnya tiga pertubuhan perlu ada dalam setiap sektor sebelum data boleh diterbitkan.
"Ini bagi mengelakkan pendedahan berkenaan maklumat perniagaan yang sensitif," jelasnya.
Jelas beliau lagi, Banci Ekonomi 2026 menyediakan asas untuk analisis struktur ekonomi.
Ia menilai prestasi sektor, mengesan jurang produktiviti antara wilayah, dan mengenal pasti industri yang berpotensi untuk pertumbuhan serta memberi kesan pengganda ekonomi tinggi.
“Dengan data ini, kerajaan dan perniagaan dapat mengenal pasti sektor maju, sektor yang boleh diperbaiki, serta peluang intervensi bersasar untuk menyokong PKS dan pemain industri lain," katanya.
Ketepatan dan kualiti data adalah fokus utama banci berkenaan.
Beliau berkata, DOSM menggunakan mekanisme kawalan dalaman disetiap peringkat, termasuk perbandingan data siri masa, semakan silang, dan analisis berdasarkan kos-input-output, untuk memastikan data mencerminkan realiti ekonomi sebenar.
“Sistem semakan kami membolehkan pengesahan pengumpulan data dari awal hingga penyusunan statistik akhir. Ini memastikan hasil banci adalah tepat, boleh dipercayai dan relevan dengan situasi industri sebenar," katanya.
Tempoh pengumpulan data adalah dari Januari hingga Oktober 2026, dengan data operasi awal dijangka boleh dikongsikan pada Disember 2026.
Manakala statistik lengkap yang disahkan akan diterbitkan pada suku pertama 2027.
“Kelajuan penyampaian data penting, tetapi ketepatan dan kredibiliti tetap menjadi keutamaan. Proses berperingkat membolehkan keseimbangan ini dicapai," kata beliau.
Banci ini juga memberi manfaat langsung kepada rakyat dan perniagaan.
Statistik tepat membolehkan usahawan membuat keputusan pelaburan bijak, manakala kerajaan boleh merancang pembangunan infrastruktur dan program intervensi bersasar berdasarkan data sebenar.
“Negara yang kuat memerlukan sistem statistik yang kuat. Dengan Banci Ekonomi 2026, kita merancang ekonomi berpendapatan tinggi dan inklusif, di mana kemakmuran dikongsi bersama.
"Kejayaan banci ini bergantung kepada kejujuran responden dan kepercayaan masyarakat terhadap sistem statistik,"katanya.