awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banci Pertanian 2024: 72,103 kediaman di Kelantan selesai dibanci - DOSM

Bernama
Bernama
22/09/2024
20:30 MYT
Banci Pertanian 2024: 72,103 kediaman di Kelantan selesai dibanci - DOSM
Mohd Uzir berkata bancian dilaksanakan secara menyeluruh meliputi masyarakat Orang Asli di Kelantan dan Pahang serta komuniti pribumi di Borneo. - Gambar fail
GUA MUSANG: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menjalankan bancian terhadap 72,103 (82.3 peratus) tempat kediaman dan 246 (58.6 peratus) pertubuhan perniagaan yang terlibat aktiviti pertanian di Kelantan.
Pesuruhjaya Banci Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata jajahan Gua Musang merekodkan peratus tempat kediaman pertanian paling tinggi iaitu 101.9 peratus diikuti Machang (101.3 peratus), Pasir Mas (96.1 peratus), Jeli (94.0 peratus), Pasir Puteh (92.2 peratus), Tanah Merah (91.3 peratus), Kuala Krai (80.5 peratus) dan Tanah Tinggi Lojing (75.6 peratus).
Beliau berkata bancian dilaksanakan secara menyeluruh meliputi masyarakat Orang Asli di Kelantan dan Pahang serta komuniti pribumi di Borneo.
"Kita dapati masyarakat Orang Asli adalah antara komuniti paling dekat dengan pertanian malah hasil lawatan bancian mendapati terdapat kemajuan dalam kalangan komuniti itu dari segi penggunaan teknologi dalam pertanian.
"Oleh itu, DOSM bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli di peringkat negeri dan daerah dalam usaha memperkasakan komuniti ini dalam sektor pertanian," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke perusahaan ikan kelah sempena Program Lawatan Kerja Pesuruhjaya Banci Pertanian di Negeri Kelantan di Lepan Jaya semalam.
Mohd Uzir berkata dengan adanya liputan di kebanyakan kawasan pedalaman, mereka dapat mengakses maklumat berkaitan malah mempunyai kecekapan dalam menentukan harga yang sesuai dengan hasil diperoleh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Uzir Mahidin
#DoSM
#banci pertanian di Kelantan
#bancian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan