awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banci Pertanian 2024 dorong anak muda perkasa sekuriti makanan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
22/09/2024
03:15 MYT
Banci Pertanian 2024 dorong anak muda perkasa sekuriti makanan
Mohd Uzir berkata, inisiatif berakhir 10 Oktober ini membuktikan DOSM komited mengumpul data terkini agar dasar membabitkan sektor pertanian dapat diperkasa.
SABAK BERNAM: Sebut sahaja sektor pertanian, pasti ada segelintir individu menganggap ia bidang yang tidak menjamin masa depan.
Bagi menepis persepsi itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaksanakan Banci Pertanian 2024 bermula 7 Julai lalu selepas kali terakhir ia dilakukan pada 2005.
Menurut Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, inisiatif berakhir 10 Oktober ini membuktikan DOSM komited mengumpul data terkini agar dasar membabitkan sektor pertanian dapat diperkasa.
“Setakat 20 September, banci pertanian di seluruh negara mencapai 86.2 peratus iaitu 1.02 juta daripada 1.18 juta tempat kediaman telah dilawati.
“Manakala untuk pertubuhan pula sejumlah 16,920 syarikat sudah dibanci bersamaan 85.7 peratus daripada 19,753 syarikat pertanian.
“Harapan kita bila ditanya kepada anak muda, mereka akan jawab sektor pertanian adalah satu profesion. Biar mereka fikir sektor ini punca pendapatan kerana ia boleh raih pulangan tanpa limitasi sekali gus memastikan sekuriti makanan terjamin,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Pertubuhan Global Goodway (M) Sdn Bhd (Sg Nipah Farm), di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan operasi banci pertanian di Selangor antara yang positif apabila mencapai 83.4 peratus daripada 67,727 tempat kediaman dan 2,071 pertubuhan berpotensi menjalankan pertanian selesai dilawati.
Dalam masa sama, Mohd Uzir bersetuju dengan cadangan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) yang menyarankan banci pertanian dibuat setiap 10 tahun.
Beliau meletakkan harapan agar ia boleh dilaksana setiap lima tahun bagi memastikan ketepatan data, namun bergantung kepada peruntukan kewangan kerana bancian melibatkan kos tinggi.
Banci Pertanian menyediakan data asas tentang profil pegangan pertanian seperti maklumat demografi, hasil pertanian, kos input, saiz ladang, penggunaan dan pemilikan tanah, mekanisasi serta penggunaan teknologi.
Tempoh kurang tiga minggu ini adalah mustahak dalam proses pengumpulan data di peringkat huluan merangkumi sektor tanaman, ternakan, perhutanan dan pembalakan untuk memastikan pertanian mampan.
Topic Berkaitan
#banci pertanian
#sektor pertanian
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Mohd Uzir Mahidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan