awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bandar Bentong dilanda banjir kilat

Azee Shafy
Azee Shafy
17/03/2022
16:55 MYT
Bandar Bentong dilanda banjir kilat
Air dari Sungai Penjuring mula melimpah ke kawasan bandar Bentong kira-kira pukul 10 malam sebelum mula surut kira-kira pukul 11.30 malam. - Gambar/ JBPM
BENTONG: Hujan lebat sejak pukul 5 petang tadi mengakibatkan bandar Bentong termasuk beberapa buah kampung berhampiran, dilanda banjir kilat malam ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, air Sungai Benus melimpah melepasi jalan menyebabkan kawasan Kampung Kemasur dinaiki air.
"Seramai lima lelaki dan empat wanita termasuk seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan dengan menggunakan jentera semasa rondaan dilakukan di kawasan terbabit.
"Pemantauan anggota bertugas masih diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan dapat disegerakan sekiranya ada mangsa yang perlu dipindahkan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Sementara itu, beberapa kampung berdekatan Sungai Penjuring turut terjejas antaranya Kampung Perting, Kampung Repas, Kampung Chamang dan Kampung Sungai Penjuring.
Air dari Sungai Penjuring mula melimpah ke kawasan bandar Bentong kira-kira pukul 10 malam sebelum mula surut kira-kira pukul 11.30 malam.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#bandar bentong
#hujan lebat
#air melimpah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan