MALAYSIA
Bandar mesra kanak-kanak harus dibentuk dengan penyertaan mereka - PJCC
Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon (ketiga dari kanan) bersama wakil UNICEF di Ekspo Bandar Mesra Kanak-Kanak Antarabangsa Petaling Jaya 2025. - Maziah Barek Miji/Astro AWANI
Penyertaan kanak-kanak perlu menjadi asas dalam membangunkan bandar mesra bagi golongan itu, kata Majlis Kanak-Kanak Petaling Jaya (PJCC).
Naib Presiden PJCC, yang hanya ingin dikenali sebagai Lenin, berkata proses perancangan itu perlu memberi keutamaan kepada keselamatan, pengalaman dan keperluan kanak-kanak.
“Bandar mesra kanak-kanak bermaksud setiap perancangan melibatkan suara mereka,” katanya ketika ditemui di Ekspo Bandar Mesra Kanak-Kanak Antarabangsa Petaling Jaya 2025. “Ia mengenai mewujudkan infrastruktur, sistem pendidikan dan ruang awam yang mencerminkan keperluan sebenar, bukan apa yang orang dewasa anggap perlu,” tambah pemuda berusia 18 tahun itu.
PJCC mengenal pasti beberapa keutamaan termasuk laluan sekolah lebih selamat, pengangkutan awam lebih mesra dan akses lebih luas kepada kemudahan komuniti.
Ahli Majlis PJCC, Tharanah Thevarajan, 16, berkata infrastruktur bandar perlu direka dengan susun atur jelas, mudah difahami dan mempunyai elemen visual menarik bagi menggalakkan penggunaan secara bebas.
Petaling Jaya diiktiraf sebagai bandar mesra kanak-kanak UNICEF pertama di Malaysia dua tahun lalu selepas menunjukkan komitmen terhadap pemajuan hak mereka dalam pembangunan bandar.
Lenin berkata minat dalam kalangan pihak berkuasa tempatan terhadap rangka kerja itu semakin meningkat, namun menegaskan Petaling Jaya wajar dilihat sebagai rujukan, bukan model tunggal. “Mana-mana bandar yang mahu mengutamakan hak generasi muda perlu bermula sekarang,” kata Lenin. "Penyertaan kanak-kanak dalam perancangan bandar perlu dijadikan amalan biasa, bukan pengecualian," tambahnya.
UNICEF Malaysia pula berkata cabaran utama ketika ini ialah menormalkan penyertaan kanak-kanak dalam proses dasar. Pakar Dasar Sosial agensi itu, Tham Yin Yee, berkata beberapa penambahbaikan telah diperkenalkan termasuk kuota penyertaan bagi mereka daripada isi rumah B40, golongan kelainan upaya dan pelbagai latar sosioekonomi.
Malaysia kini mempunyai tujuh bandar dalam rangka inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak, dengan lebih banyak dijangka menyertai tahun depan. Pihak berkuasa tempatan di Selangor, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Putrajaya sedang menjalankan analisis institusi bagi membangunkan pelan tindakan berasaskan bukti.