awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banduan lari ditangkap semula di Sri Damansara

Hakim Rahman
Hakim Rahman
21/05/2016
04:09 MYT
Banduan lari ditangkap semula di Sri Damansara
Dia ditahan ketika bersembunyi di sebuah bangunan berhampiran tapak pembinaan di Jalan PJU 10/9 Sri Damansara, Petaling Jaya kira-kira 5.30 petang Jumaat. -Gambar fail
Banduan yang lari dari tahanan ketika dirawat di Hospital Kajang, Khamis lalu, berjaya diberkas semula.
Dia ditahan ketika bersembunyi di sebuah bangunan berhampiran tapak pembinaan di Jalan PJU 10/9 Sri Damansara, Petaling Jaya kira-kira 5.30 petang Jumaat.
Tangkapan dilakukan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur selepas menerima maklumat awam dan risikan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, suspek cuba meloloskan diri dengan terjun dari tingkap bangunan berkenaan dan lari kira-kira 700 meter sebelum berjaya ditangkap.
"Berlaku sedikit pergelutan antara suspek dengan anggota polis dalam usahanya melarikan diri.
"Hasil soal siasat, polis menemui gari yang sudah dipotong dan sebuah mesin pemotong di rumah kongsi berhampiran," katanya menerusi satu kenyataan.
Suspek dikenal pasti sebagai Chow Kim Liong, berusia 44 tahun dan dilaporkan sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula 17 Mei lalu sehingga 4 Disember depan berhubung kes berkaitan dadah.
Topic Berkaitan
#banduan lari
#Chow Kim Liong
#D9
#Hospital Kajang
#Jalan PJU 10/9
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan