awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banduan lolos dipercayai masih di dalam negara

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2013
11:02 MYT
Banduan lolos dipercayai masih di dalam negara
Polis Pulau Pinang percaya baki dua tahanan yang meloloskan diri daripada tahanan polis 7 Januari lalu, masih berada dalam negara.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi memaklumkan berdasarkan maklumat yang diterima mereka dikatakan bersembunyi di beberapa kawasan bagi mengelak dikesan polis.
Hamzani Harun, 37 tahun, dan Hisham Abdul Rahman, 39 tahun, dipercayai bersembunyi di sekitar negeri berhampiran Pulau Pinang.
Abdul Rahim menambah, polis negeri masih menjalankan “Ops Kesan Gelugor”, selain kontinjen di negeri lain juga sedang bekerjasama menjejaki mereka.
Dalam kejadian 9 pagi 7 Januari lepas, sembilan tahanan meloloskan diri selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring daripada van polis.
Bagaimanapun, dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi iaitu Mohd Fairuz Adam, 31 tahun , dan Mohd Noor Mustafa, 28 tahun , ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di kKampung Padang Ibu di Bukit Mertajam pada10 Januari.
Manakala Mohd Farid Akhtar, 24 tahun, Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28 tahun , dan Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26 tahun , yang berjaya ditahan semula, mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan di Mahkamah Majisteret Butterworth 25 Januari lepas.
Sementara itu, Abdul Rahim berkata pihaknya telah mengambil tindakan menggantung kerja seorang anggota polis berpangkat sarjan berusia 50-an, yang bertugas menyelia dan mengatur kawalan keselamatan dalam kejadian itu.
Empat anggota polis yang mengiringi tahanan terbabit pula masih disiasat dan akan dikenakan tindakan disiplin jika didapati berlaku kecuaian.
Topic Berkaitan
#banduan lolos
#Datuk Abdul Rahim Hanafi
#Ops Kesan Gelugor
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan