MALAYSIA
Banduan Malaysia Datchinamurthy dihukum gantung di Singapura
Datchinamurthy didakwa menyeludup 44.96 gram diamorfin ke Singapura pada 2011 dan dijatuhkan hukuman mati pada 15 April 2015. - Gambar Facebook / Universal Media
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Singapura telah melaksanakan hukuman gantung mati terhadap rakyat Malaysia, K Datchinamurthy, yang disabitkan atas kesalahan mengedar 44.96 gram dadah jenis heroin.
Perkara itu dimaklumkan Biro Narkotik Pusat Singapura dalam satu kenyataan di laman web rasminya pada Khamis.
Lelaki berusia 39 tahun itu disabitkan kesalahan berkenaan pada 2011 dan dijatuhkan hukuman mati pada 15 April 2015. Mahkamah Rayuan pada 5 Februari 2016 menolak permohonan rayuannya.
Bagaimanapun, pelaksanaan hukuman digantung sementara dari tarikh asal 29 April 2022 bagi membolehkan prosiding semakan kehakiman dijalankan.
Datchinamurthy didakwa mengikut Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura yang memperuntukkan hukuman mati jika memiliki diamorphine melebihi 15 gram.
Biro Narkotik Pusat Singapura berkata, jumlah dadah miliknya mencukupi untuk menampung ketagihan kira-kira 540 penagih selama seminggu jika terlepas ke pasaran.
Biro itu menegaskan bahawa Datchinamurthy melalui proses undang-undang sepenuhnya dan diwakili peguam sepanjang perbicaraan serta rayuannya. Permohonan pengampunan kepada Presiden Singapura juga tidak berjaya.
"Hukuman mati hanya dilaksanakan bagi kesalahan serius, termasuk pengedaran dadah yang memberi kesan bukan sahaja kepada penagih tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat," kata kenyataan itu.
Difahamkan, permohonan keluarga Datchinamurthy untuk berjumpa atau menghubunginya buat kali terakhir ditolak.
Peguam keluarga, N. Surendran, memaklumkan kepada Astro AWANI keluarga mendiang dimaklumkan pada pukul 1.40 tengah hari untuk menuntut mayat pada pukul 3 petang di luar Penjara Changi, Singapura.
Tiga lagi rakyat Malaysia yang ditempatkan di penjara sama dan berdepan hukuman mati ialah S. Saminathan, R. Lingkesvaran dan P. Pannir Selvam.