awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkai badak sumbu Sumatera, Iman dicadang diawetkan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
24/11/2019
08:33 MYT
Bangkai badak sumbu Sumatera, Iman dicadang diawetkan
Semalam, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan kematian badak sumbu Sumatera terakhir selepas 'pemergian' Iman tepat jam 5.35 pada petang Sabtu. - Gambar fail/Facebook Jabatan Hidupan Liar Sabah
Bangkai Iman, badak sumbu Sumatera yang dilaporkan mati semalam akan dicadangkan untuk diawetkan.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, selain awet, pihaknya turut berhasrat menyerahkan bangkai Iman ke Muzium Negeri Sabah untuk dipamerkan.
Beliau berkata, proses mengawet bangkai tersebut adalah lebih kurang serupa dengan bangkai Tam, badak sumbu Sumatera jantan yang mati pada bulan Mei lalu.
"Benda ni (awet) belum sah lagi, tapi kita cadangkan begitulah," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Augustine berkata, setakat ini bangkai Iman masih ditempatkan di Santuari Badak Borneo, Lahad Datu untuk tindakan lanjut.
BACA: Dukacita diumumkan... Iman, si badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia, sudah tiada!
Semalam, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan kematian badak sumbu Sumatera terakhir selepas 'pemergian' Iman tepat jam 5.35 pada petang Sabtu.
Untuk rekod, badak betina itu merupakan satu-satunya spesis badak sumbu Sumatera yang masih hidup di Malaysia selepas pasangannya yang dikenali sebagai Tam mati pada 27 Mei lalu, akibat uzur dan kegagalan organ dalaman.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Augustine Tuuga
#badak sumbu sumatera
#bangkai Iman diawet
#berita Malaysia
#Berita Terkini
#Iman dah mati
#Lahad Datu
#Malaysia
#Pengarah Jabatan Hidupan Liar
#Santuari Badak Borneo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan