MALAYSIA
Bangkai paus, lumba-lumba dijumpai di perairan negara - DOF
Ikan paus spesies Bryde direkodkan pada 24 Februari di Pantai Sungai Miang, Pahang.
KUALA LUMPUR: Enam kes direkodkan membabitkan penemuan bangkai mamalia marin bagi spesies ikan paus dan lumba-lumba pada tahun ini.
Berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), kes pertama penemuan bangkai paus spesies Bryde direkodkan pada 24 Februari di Pantai Sungai Miang, Pekan di Pahang dan kes kedua pada 11 April di Teluk Bahang, Pulau Pinang ialah lumba-lumba spesies Irrawaddy.
Penemuan bangkai lumba-lumba spesies Irrawaddy yang terjerat di pukat turut dijumpai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 21 Jun di perairan Kuala Kedah.
Kes keempat pada 18 Julai melibatkan penemuan lumba-lumba spesies Porpoise Ambu di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.
Kes kelima dan keenam masing-masing pada 15 serta 26 November membabitkan bangkai paus spesies Bryde dijumpai di Langkawi, Kedah, manakala lumba-lumba spesies Bottlenose dijumpai di pantai Sabak Bernam, Selangor.
Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, cabaran utama pengurusan mamalia marin terdampar di Malaysia merangkumi kelewatan laporan dan koordinasi kedamparan yang tepat.
Menurutnya, terdapat beberapa kes yang dihadapi iaitu akses ke lokasi kedamparan perlu melalui kawasan geografi yang mencabar seperti kawasan berlumpur, estuari dan pantai terpencil.
"Ini menyukarkan khidmat logistik untuk melaksanakan pemindahan dan nekropsi mengikut prosedur DOF.
"Berikutan itu, usaha kesedaran komuniti mengenai mamalia marin diperkukuhkan melalui siri program pendidikan dan libat urus yang dilaksanakan oleh DOF bersama negeri dan rakan strategik.
"Antara inisiatif utama termasuk penganjuran Bengkel Kedamparan di kawasan hotspot mamalia marin seperti Pulau Pinang, Langkawi, Perak dan Terengganu yang menekankan kepentingan pelaporan segera, tatacara intervensi yang selamat dan peranan masyarakat dalam aktiviti konservasi di Malaysia," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, Program Konservasi Bersama Nelayan setempat turut dijalankan bersama komuniti nelayan bagi meningkatkan kefahaman mengenai interaksi perikanan, penggunaan gear yang lebih mesra hidupan marin dan cara pelaporan insiden tangkapan tidak sengaja.
Jelasnya, selain itu, pelajar sekolah dan universiti terlibat melalui aktiviti Ocean Literacy, pameran bergerak, taklimat teknikal, serta demonstrasi apabila berlaku kes kedamparan mamalia marin di Perairan Malaysia.
Katanya, usaha penyebaran maklumat turut dipertingkatkan melalui media sosial rasmi DOF, infografik Institut Penyelidikan Perikanan serta kolaborasi badan bukan kerajaan.
"Ini penting berikutan beberapa kes mamalia marin ini yang dijumpai hidup oleh penyelidik, pelancong, nelayan atau tular di media sosial.
"Terdapat 49 kes penemuan mamalia hidup ini di Kuala Sepetang, Perak; Pulau Pinang; Yan, Kedah serta Pulau Langkawi, Kedah bagi lumba-lumba spesies Irrawaddy, Porpois Ambu serta Indo-pacific Humpback," ujarnya. - Sinar Harian