MALAYSIA
Bangladesh hargai kepercayaan majikan Malaysia terhadap tenaga kerjanya
Chowdhury merakamkan penghargaan kepada warga Bangladesh di perantauan atas peranan mereka dalam memperkukuh ekonomi negara melalui kiriman wang dan kemahiran. - Bernama
DHAKA: Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Manjurul Karim Khan Chowdhury pada Jumaat merakamkan penghargaan kepada majikan di Malaysia atas kepercayaan berterusan mereka terhadap tenaga kerja dari negara itu, sambil menekankan sumbangan penting pekerja ekspatriat kepada ekonomi Malaysia dan pembangunan Bangladesh.
Beliau berkata demikian ketika Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur meraikan Hari Migran Antarabangsa dan Hari Ekspatriat Kebangsaan 2025 dengan tema "Going abroad with skills, building the homeland with remittances", menurut satu kenyataan yang diterima di sini, lapor Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS).
Program itu merangkumi pembacaan perutusan daripada Ketua Penasihat, Penasihat Luar dan Penasihat Kebajikan Ekspatriat serta Pekerjaan Luar Negara, diikuti tayangan dokumentari yang diterbitkan sempena sambutan berkenaan.
Bagi mengiktiraf sumbangan ekspatriat serta menggalakkan penglibatan lebih besar mereka dalam pembangunan negara, Suruhanjaya Tinggi itu menganjurkan sesi perbincangan, tayangan dokumentari, majlis penyampaian anugerah kepada warga Bangladesh di perantauan, program kebudayaan serta cabutan bertuah di Dewan G Tower, Kuala Lumpur.
Mempengerusikan majlis itu, Chowdhury merakamkan penghargaan kepada warga Bangladesh di perantauan atas peranan mereka dalam memperkukuh ekonomi negara melalui kiriman wang dan kemahiran.
Pesuruhjaya Tinggi itu turut berkata pengaturan berkesan telah dibuat di bawah inisiatif kerajaan sementara bagi membolehkan ekspatriat menunaikan tanggungjawab mengundi dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Beliau menggesa warga Bangladesh yang menetap di Malaysia agar mengambil bahagian melalui undi pos serta menyeru organisasi profesional, sosial dan politik dalam kalangan ekspatriat untuk membantu pendaftaran pengundi.
-- BERNAMA