MALAYSIA
Bangladesh, Malaysia setuju wujudkan sistem pengambilan pekerja lebih bersih, telus - Yunus
Prof Dr Muhammad Yunus bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada Selasa. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Bangladesh bersetuju untuk mewujudkan proses pengambilan pekerja Bangladesh yang lebih bersih dan telus.
Ringkasan AI
Ketua Penasihat Bangladesh, Prof Dr Muhammad Yunus berkata perkara itu dibincangkan secara mendalam semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada Selasa.
Beliau mengakui terdapat kelemahan dalam proses sedia ada dan menekankan keperluan untuk "membersihkannya" bagi mengelakkan masalah kepada kedua-dua pihak.
"Kami mengadakan perbincangan terperinci mengenai cara untuk bergerak ke hadapan tanpa menimbulkan kesulitan kepada kerajaan Malaysia.
"Kami berdua bersepakat bahawa, 'Mari kita bersihkan proses ini. Bagaimana hendak menjadikannya lebih mudah dan telus'," katanya kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam wawancara eksklusif sempena lawatan rasminya di sini.
Wawancara itu diketuai Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj, bersama Editor Perkhidmatan Berita Antarabangsa Voon Miaw Ping dan Penolong Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Kisho Kumari Sucedaram.
Pemenang Anugerah Nobel Keamanan itu berkata, walaupun Malaysia memerlukan pekerja asing, Bangladesh juga berusaha memastikan pengambilan warganegaranya dilakukan secara telus supaya mereka boleh bekerja di luar negara dengan bermaruah, mendapat faedah dan hak yang sewajarnya.
"Malaysia memerlukan tenaga kerja dan kami mahu rakyat kami datang ke sini mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga mereka. Jadi kedua-dua pihak saling memerlukan," katanya.
Sehingga Februari 2025, warga Bangladesh membentuk kumpulan terbesar pekerja asing di Malaysia, berjumlah kira-kira 898,970 orang.
Mereka menjadi tenaga kerja penting di negara ini, terutamanya dalam sektor pembinaan, pembuatan, perladangan dan perkhidmatan.
Kementerian Dalam Negeri Malaysia mengumumkan pemberian Kemudahan Visa Berulang Kali (MEV) untuk pekerja Bangladesh berkuat kuasa 8 Ogos, sekali gus menegaskan komitmen Kuala Lumpur terhadap kerjasama buruh yang beretika dan teratur dengan Dhaka.
Yunus melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia mulai 11 Ogos atas jemputan Anwar, sebagai kunjungan balas terhadap lawatan Perdana Menteri ke Dhaka pada Oktober 2024.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia dan Bangladesh bersetuju untuk memperbaiki proses pengambilan pekerja Bangladesh agar lebih bersih dan telus, hasil pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Penasihat Bangladesh Prof Dr Muhammad Yunus.
- Kedua-dua negara mengakui kelemahan dalam sistem sedia ada dan berusaha memastikan pekerja Bangladesh dapat bekerja di Malaysia secara bermaruah dengan hak yang sewajarnya.
- Sehingga Februari 2025, warga Bangladesh merupakan kumpulan terbesar pekerja asing di Malaysia, dan pemberian Kemudahan Visa Berulang Kali (MEV) mulai 8 Ogos menandakan komitmen terhadap kerjasama buruh yang beretika dan teratur.