awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangunan asrama lelaki MRSM Besut terbakar, 58 pelajar terselamat

Sinar Harian
Sinar Harian
30/08/2024
03:15 MYT
Bangunan asrama lelaki MRSM Besut terbakar, 58 pelajar terselamat
58 pelajar terselamat dalam kebakaran melibatkan empat buah bilik di tingkat satu asrama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putra di Besut. - Foto Sinar Harian
BESUT: Seramai 58 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putra dekat sini terselamat dalam kebakaran membabitkan bangunan asrama lelaki pada malam Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, kebakaran sekitar jam 10.44 malam itu melibatkan empat buah bilik di tingkat satu asrama terbabit.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.44 malam sebelum mengerahkan 20 anggota serta pegawai bersama dua jentera dari BBP Besut dan BBP Jertih ke lokasi kejadian.
"Kita juga sekali lagi dihubungi dan diberitahu bahawa api tidak berjaya dipadam oleh pelajar dan pihak asrama menyebabkan ia semakin marak," katanya pada Jumaat.
Bagaimanapun, Muhammad Azrul Izzham berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran terbabit.
"Sebaik pihak bomba tiba, kesemua mangsa berjaya keluar daripada bangunan itu.
"Pasukan kita mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit untuk mengawal dan memadamkan sepenuhnya api di kawasan terlibat.
"Selain itu kita terpaksa memecahkan siling bangunan untuk memastikan kebakaran tersebut telah dipadam sepenuhnya terutama di bahagian bumbung bangunan," katanya.
Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran
#asrama
#MRSM Kota Putra
#Muhammad Azrul Izzham Zulkifli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan