Cahaya lampu berwarna merah menerangi bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini sebagai tanda menghargai jasa semua jururawat di atas pengorbanan mereka membantu menangani penularan pandemik COVID-19.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi berkata, kerajaan negeri mengambil inisiatif itu sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 yang disambut pada 12 Mei setiap tahun.
"Pemilihan warna merah melambangkan keberanian yang dimiliki oleh para jururawat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab meskipun negara kini berhadapan dengan detik yang sukar akibat ancaman COVID-19. Terdapat seramai 5,636 jururawat bertugas di Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata warna merah juga melambangkan penghargaan tertinggi rakyat Pulau Pinang kepada semua jururawat dan pekerja perubatan serta warna riben yang dipilih untuk sambutan Hari Jururawat Sedunia 2020 itu.
Bangunan ikonik negeri Pulau Pinang itu dinyalakan dengan lampu warna merah bermula malam tadi dan hari ini, dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 11 2020

Bangunan KOMTAR dinyalakan dengan lampu warna merah bermula malam tadi dan hari ini, dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam. --fotoBERNAMA

Nvidia bekal cip kepada syarikat Arab Saudi Humain untuk kilang AI
Huang mengumumkan kerjasama strategik bersama Humain itu pada sebuah forum pelaburan yang diadakan bersempena lawatan tersebut.

Siapa kuasai gas Sarawak?
Pertikaian kawalan gas antara Petronas dan Petros uji sempadan kuasa negeri dan persekutuan, dengan implikasi besar terhadap hasil negara dan kos sara hidup rakyat.

Klon Harimau Malaya: Cabaran etika semakin kabur, tapi masa makin suntuk - Penyelidik
Dr Wan Nor Fitri gesa usaha pemuliharaan Harimau Malaya disegerakan, termasuk penyimpanan sel stem.

Gajah miliki keupayaan “spatial”, mampu ingat kawasan, peristiwa
Gajah mempunyai spatial memory termasuk boleh mengingati kawasan dan faham konsep kematian. Ia boleh kunci kawasan itu dan boleh kembali untuk melawat.

Nahas trak FRU: Pemandu lori direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Naidatul Athirah Azman di Mahkamah Majistret Teluk Intan.

Pusat data UMS cekap tenaga, efisien dan sokong agenda kelestarian
Teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) itu memperkukuh infrastruktur digital UMS.
Lawatan Rasmi Perdana Menteri ke Rusia: Anwar Ibrahim Penuhi Undangan Presiden Putin Bermula 13 Mei
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tiba di Moscow bagi mengadakan lawatan rasmi ke Rusia bermula 13 hingga 16 Mei ini bagi memenuhi undangan Presiden Vladimir Putin.
#AWANInews
#AWANInews

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga sembilan anggota FRU
Baginda berdua amat dukacita atas pemergian kesemua wira negara yang telah menabur bakti serta menunjukkan komitmen tinggi dalam menjalankan tugas sebagai anggota keselamatan.
Jenazah Sarjan Roslan selamat dikebumikan
Jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Chikus - Sungai Lampan, Teluk Intan pada pagi Selasa, Sarjan Mohd. Roslan Abd Rahim, 46, selamat dikebumikan pada awal pagi Rabu.
#AWANInews
#AWANInews
Singapura pantau lonjakan kes COVID-19
Pihak berkuasa kesihatan Singapura kini memantau peningkatan jangkitan COVID-19 di republik itu susulan lonjakan melebihi 3,000 kes dalam minggu terkini.
#AWANInews
#AWANInews

Pulau Pinang kenang jasa, sumbangan Tun Ahmad Fuzi - Chow
Chow menyifatkan jasa Tun Ahmad Fuzi ibarat jejak emas yang akan kekal terpahat di tanah bersejarah negeri ini.

Gangguan bekalan air pulih sepenuhnya di Pulau Pinang
Gangguan bekalan air berjadual (SWSI) di Pulau Pinang yang bermula Jumaat lepas pulih sepenuhnya pada jam 6.45 petang tadi.

Pulau Pinang timbang larangan jualan vape
Pulau Pinang timbang larangan jualan vape seluruh negeri susulan kebimbangan kesihatan awam, ikut jejak Johor, Kelantan dan Terengganu.

Istiadat angkat sumpah Ramli sebagai yang dipertua Pulau Pinang 1 Mei Ini - Chow
Istiadat angkat sumpah jawatan Tun Ramli Ngah Talib sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan akan berlangsung pada 1 Mei.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Lebuhraya Bandar Cassia ditukar nama ke Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menamakan semula Lebuhraya Bandar Cassia sebagai Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penghargaan atas jasa besar beliau kepada negeri ini.

Lebuh raya dinamakan sempena Tun Abdullah, bendera dikibar separuh tiang Jumaat ini - Chow
Tun Abdullah Ahmad Badawi membawa impak pembangunan kepada Pulau Pinang, termasuk Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Bandar Cassia.

Pulau Pinang giat pelbagai dan kembangkan pasaran eksport negeri
Langkah itu penting khususnya ketika krisis ekonomi global ketika ini susulan pelaksanaan tarif import timbal balas Amerika Syarikat.

Gangguan bekalan air libat lebih 340,000 akaun pengguna di P. Pinang pada April
Sebanyak 341,708 akaun pengguna di lima daerah di Pulau Pinang akan terkesan dengan gangguan bekalan air berjadual (SWSI) dari 25 hingga 28 April, yang terbesar pada tahun ini.

Pemimpin Kerajaan MADANI perlu jadi contoh kepada rakyat ketika berdepan isu kaum, agama
Pemimpin parti Kerajaan MADANI, khususnya Pakatan Harapan (PH) di Pulau Pinang, perlu menjadi contoh kepada rakyat untuk berhadapan dengan isu kaum dan agama dengan sikap yang betul.

Tiada prasyarat dalam Perlembagaan negeri TYT perlu asal Pulau Pinang - Chow
Tiada prasyarat dalam Perlembagaan Negeri mewajibkan pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang terdiri daripada mereka yang pernah berkhidmat atau berasal dari negeri itu.