MALAYSIA
Bangunan penginapan pelajar Johor di Mesir dipecah masuk
Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City Kaherah, Mesir dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur. - Facebook Mohd Fared
JOHOR BAHRU: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City Kaherah, Mesir dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, sekitar jam 4 hingga 5 pagi waktu Mesir.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku ke atas para pelajar.
Katanya, beberapa bilik di bangunan itu dipecah masuk dan hanya wang tunai dilaporkan hilang.
"Polis Mesir sudah hadir ke lokasi kejadian dan sedang menyelesaikan siasatan rapi. Pegawai Atas Pendidikan Johor dan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Mesir sudah mengadakan pertemuan dengan para pelajar dan kebajikan mereka akan dipastikan terjaga.
"Kerajaan Johor sudah mengarahkan agar aspek keselamatan dibangunan tersebut dipertingkatkan.
"Kerjasama dengan pemilik bangunan sudah diperolehi bagi mengelakkan insiden sama daripada berulang," katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Ahad.
Dalam pada itu, Mohd Fared menasihatkan agar ibu bapa dan keluarga para pelajar di Johor bertenang dan memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa di Mesir untuk menjalankan siasatan lanjut.
"Pegawai Atas Pendidikan Johor di Mesir bersedia dihubungi bagi mengurus perkara ini. Perkembangan dari masa ke semasa akan dimaklumkan," katanya. - Sinar Harian