MALAYSIA
Bangunan SMKA Sultan Muhammad rosak akibat kebakaran segera dibaiki
Kejadian berkenaan menjejaskan bahagian bangunan yang menempatkan bilik guru. - Gambar/ IG fadhlinasidekofficial
KUALA LUMPUR: Kerosakan bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Muhammad di Melaka akibat kebakaran pagi ini akan segera dibaiki.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika memberi jaminan itu berkata Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan yang terlibat telah diminta mengambil tindakan segera.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata kejadian menjejaskan bahagian bangunan yang menempatkan bilik guru.
"Syukur tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan melibatkan guru, murid dan warga sekolah," katanya menerusi hantaran itu dan turut berkongsi gambar kerosakan akibat kebakaran itu.
-- BERNAMA