awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama Apple-Google: Siri dan Apple Intelligence akan dikuasakan model berasaskan Google Gemini
Indonesia henti import diesel untuk stesen minyak swasta bermula 2026
Iran didakwa mahu berunding, angka korban protes cecah 599 – Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 110 kes penyakit berjangkit dikesan - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2021
11:26 MYT
Banjir: 110 kes penyakit berjangkit dikesan - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham menasihati mangsa-mangsa banjir untuk elak bermain atau meredah air banjir, sentiasa menjaga kebersihan PPS selain elak daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 110 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, tiada kes COVID-19 baharu dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir.
"Bilangan kes yang dilaporkan adalah jangkitan saluran pernafasan akut terdapat 81 kes, penyakit kulit (16) dan acute gastroenteritis (13).
"Jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir kekal 434 kes dan tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)," katanya.
Justeru, beliau menasihati mangsa-mangsa banjir untuk elak bermain atau meredah air banjir, sentiasa menjaga kebersihan PPS selain elak daripada minum air dan makan makanan yang sudah tercemar.
Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan juga individu yang mempunyai komorbiditi.
Topic Berkaitan
#penyakit berjangkit
#COVID-19
#mangsa banjir
#penyakit banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan