awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 1,200 Penduduk Kg Sri Aman risau paras air naik

Fareez Azman
Fareez Azman
19/12/2021
14:34 MYT
Banjir: 1,200 Penduduk Kg Sri Aman risau paras air naik
Kira-kira 1,200 penduduk Kampung Sri Aman, Puchong terjejas susulan banjir melanda kampung terbabit pagi tadi. - Astro AWANI
PUCHONG: Kira-kira 1,200 penduduk Kampung Sri Aman, Puchong terjejas susulan banjir melanda kampung terbabit pagi tadi.
Menurut Najib Zakaria, 32, air Sungai Klang mulai melimpah ke kampung berkenaan kira kira jam 2.00 pagi.
“Dalam pukul 2.00 pagi (Ahad) saya tengok air dah deras dah.
“Tak dapat nak selamatkan barang apa-apa cuma dapat selamatkan dokumen yang penting sahaja. Masa tu air paras pinggang, memang panik,” katanya.
Tambahnya, ketika kejadian, rata-rata mereka berjalan dalam air yang deras dan dalam keadaan gelap gelita selepas bekalan elektrik dihentikan.
Bagaimanapun ketika tinjauan Astro AWANI malam tadi mendapati, kawasan sekitar masih hujan.
Air bah juga tidak surut, sekali gus dikhuatiri memburukkan lagi keadaan banjir.
“Bantuan takda lagi, tadi ada lah orang bagi roti sikit, setakat ni bantuan lain belum sampai lagi,” jelas Najib.
Dalam pada itu, seorang lagi mangsa banjir Hafizi Hasan,31, mengharapkan agar bantuan daripada pihak berwajib dapat disegerakan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Banjir 2021: Segerakan usaha menyelamat
Jelasnya, rata-rata penduduk terpaksa mencari ikhtiar sendiri dalam membantu satu sama lain.
“Kali terakhir saya makan pagi tadi jam 10.30 pagi, sampai sekarang belum makan lagi.
“Saya baru dapat roti, bila ada orang lalu bagi bantuan. Buat masa ni tiada lagi bantuan,” jelas Hafizi.
Nada yang sama dilontarkannya agar ada pihak berwajib menyediakan bantuan kepada mereka.
Malah, ada penduduk yang memberikan bot milik mereka untuk digunakan penduduk di kampung terbabit.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati ada rumah yang ditenggelami air sehingga paras bumbung, ada juga pada paras pinggang dan lutut.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kampung Sri Aman
#Puchong
#Najib Zakaria
#sungai klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan