Seramai 121 penduduk daripada 30 keluarga di Kampung Lintang, Sungai Siput, di sini dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat, sejak awal pagi ini.
Sehingga jam 11 pagi ini, seramai 56 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat manakala 65 orang daripada 18 keluarga dipindah ke PPS Dewan Dato' Haji Mohamad Padil, Pekan Lintang.
"Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat yang menyebabkan air Sungai Pelus melimpah ke kawasan kediaman rumah di Kampung Lintang, Sungai Siput,” kata jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sungai Siput dalam satu kenyataan.
Operasi pemindahan penduduk melibatkan 25 anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), 10 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), 15 anggota Polis Diraja Malaysia, empat anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat, seorang dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan dua penghulu.
Di Kampung Lintang, mangsa terdiri daripada 20 lelaki dewasa, 18 wanita dewasa, 15 kanak-kanak lelaki, lima kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan kurang upaya.
Menurutnya, keadaan cuaca ketika ini cerah, bagaimanapun, agensi terlibat seperti APM dan JBPM terus membuat pemantauan
Abd Razak Mohd Ali
Wed Oct 16 2019
Keadaan banjir di Kampung Lintang di Sungai Siput pagi ini. Foto ihsan APM
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Kerajaan peruntuk RM59.7 juta pembelian, penambahbaikan aset APM
Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, peruntukan itu disalurkan secara berfasa bagi tempoh hingga Julai tahun depan.
Penyu sesat di stesen janakuasa diselamatkan APM
Penyu berusia tujuh hingga 10 tahun itu ditemukan pekerja stesen janakuasa yang kemudiannya menghubungi pihak APM pada 11.56 pagi.
Kerajaan peruntuk RM20 juta bagi pembelian aset APM
Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM20 juta bagi pembelian kira-kira 100 pacuan roda dan lain-lain kenderaan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) sepanjang tempoh lima tahun akan datang.
Sekeluarga terkejut ular tedung selar 10kg menyusur masuk rumah
Pihak APM telah menerima satu laporan berkaitan insiden itu pada jam 1.24 petang pada Jumaat.
Terserempak ular sawa 100kg semasa hendak menoreh getah
APM akan menyerahkan reptilia berkenaan kepada Jabatan Perhilitan dalam masa terdekat.
Elaun APM naik RM2 sejam
Kadar elaun bagi anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinaikkan RM2 sejam berkuat kuasa 1 Mac 2020, umum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).
Ajal ketika cari rebung
Seorang OKU yang dilaporkan hilang sejak petang Sabtu telah ditemui mati bersama seguni rebung pagi tadi.
2,000 anggota APM sedia hadapi air pasang besar di Pantai Barat
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Roslan Wahab berkata negeri terbabit ialah Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Tebuan kembali 'huni' rumah
Tujuh beranak yang tinggal di Kampung Tanjung Luar, Pedu menanggung derita apabila hampir setiap hari disengat tebuan sejak seminggu lalu.
APM pantau keadaan fenomena air pasang di Kuala Muda
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Muda bersedia untuk memindahkan penduduk kampung sekiranya kawasan kediaman mereka mula dinaiki air.