awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 13 sekolah di Terengganu ditutup esok

Bernama
Bernama
21/01/2017
11:31 MYT
Banjir: 13 sekolah di Terengganu ditutup esok
Murid dan guru yang tinggal di asrama Sekolah Kebangsaan Kampung Buloh, Permaisuri di Setiu meredah banjir hari ini. - Foto Bernama
Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu sejak malam semalam menyebabkan 13 sekolah rendah di empat daerah terpaksa ditutup esok.
Daripada jumlah itu, lapan sekolah terletak di Setiu, masing-masing dua di Besut dan Hulu Terengganu dan satu di Kemaman.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata penutupan tersebut melibatkan 2,679 murid dan 307 guru.
"Di Setiu, enam sekolah ditutup kerana ditakungi air iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Besut, SK Chalok, SK Langkap, SK Kampung Buloh, SK Sungai Las dan SK Kampung Bukit.
"SK Alur Lek Kasar dan SK Merbau Menyusut di daerah itu ditutup kerana terputus jalan perhubungan dan dijadikan pusat pemindahan untuk mangsa banjir," katanya dalam kenyataan di sini.
Di Hulu Terengganu pula sekolah yang ditutup ialah SK Tengkawang dan SK Matang manakala di Besut pula, dua sekolah ditutup -- SK Kampung Nangka dan SK Tembila.
Di Kemaman pula, hanya satu sekolah ditutup iaitu SK Padang Kubu. -- Bernama
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
#sekolah ditutup
#Shafruddin Ali Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan