awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 19 bayi antara 35 mangsa diselamatkan bomba

Bernama
Bernama
12/12/2025
22:30 MYT
Banjir: 19 bayi antara 35 mangsa diselamatkan bomba
Dalam kejadian di Kampung Mohd Amin petang semalam, PKO bertindak memindahkan mangsa yang terperangkap di sebuah taska dan tadika menggunakan bot penyelamat dalam operasi yang turut dibantu empat anggota Polis Diraja Malaysia. - Foto Bomba
JOHOR BAHRU: Sebanyak 19 bayi antara 35 mangsa banjir diselamatkan anggota bomba di dua lokasi di sekitar bandar raya ini semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Pegawai Bomba Kanan I KUP Zakaria Mohamed berkata dalam kejadian di sebuah taska serta tadika di Kampung Mohd Amin, petang semalam, sebanyak 18 bayi antara 34 mangsa diselamatkan pihaknya selepas terperangkap di premis berkenaan.
Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.26 petang, sebelum sebuah jentera Fire Rescue Tender dengan kekuatan sembilan anggota BBP Larkin digegaskan ke lokasi kejadian.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), didapati benar terdapat 34 mangsa terdiri daripada 18 bayi, 10 kanak-kanak, lima guru dan seorang tukang masak yang terperangkap di premis berkenaan.
"PKO bertindak memindahkan mangsa menggunakan bot penyelamat dengan turut dibantu empat anggota Polis Diraja Malaysia," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan I Wan Nor Afandi Wan Yusoff dalam kenyataan berasingan berkata BBP Kempas menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang turut terperangkap akibat bencana berkenaan di rumah pengasuhnya di Kampung Pasir di sini.
Bayi itu kemudiannya diserahkan kepada ibu mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#bayi
#mangsa banjir
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan