awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir 2024: PM zahir penghargaan kepada 80,000 polis, penjawat awam bantu mangsa

Luqman Hariz
Luqman Hariz
03/12/2024
06:30 MYT
Banjir 2024: PM zahir penghargaan kepada 80,000 polis, penjawat awam bantu mangsa
Perdana Menteri berkata, golongan tersebut tidak pernah mengeluh letih atau penat walaupun membanting tulang siang dan malam untuk membantu mereka yang terjejas. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada 80,000 penjawat awam yang menggembeleng tenaga untuk membantu mangsa banjir, khasnya pasukan polis di seluruh negara.
Menurut beliau, semangat dan kecekalan anggota polis harus dikagumi, di mana kebanyakan mereka tidak pernah mengeluh walau membanting tulang siang dan malam untuk membantu mereka yang terjejas.
Ini membuktikan bahawa peranan polis jauh melangkaui sekadar mencegah jenayah, tegas beliau.
"Saya sebagai manusia biasa, terkesan. Kita lihat mereka ini tidak cukup tidur, tapi kalau tanya, tak pernah kata letih atau sukar.
"Mereka terima dengan baik dan jumlah penjawat awam yang terlibat ini 80,000 orang yang berkhidmat untuk membantu.
"Pasukan polis antara yang terutama kerana mereka di akar umbi, di tiap daerah, tiap kawasan, tiap lereng," kata beliau.
Beliau turut menghargai peranan penjawat awam yang menjayakan Skuad Ihsan Madani, yang turut membantu mangsa selepas bencana melanda termasuk untuk pembersihan kediaman dan membaiki kerosakan.
Bencana banjir yang bermula akibat luruan Monsun Timur Laut pada hujung November lalu menyaksikan puluhan ribu mangsa terjejas, khasnya di Pantai Timur.
Setakat jam 2.30 petang Selasa, 79,831 mangsa masih ditempatkan di 301 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Kedah, Johor dan Melaka.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Polis Diraja Malaysia
#penjawat awam
#Banjir 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan