Banjir: 28,287 keluarga sudah terima bantuan wang ihsan - Perdana Menteri

Umavathi Ramayah
Januari 3, 2022 05:34 MYT
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 28,287 ketua isi rumah yang terkesan akibat bencana banjir telah menerima agihan bantuan wang ihsan, setakat tengah hari ini. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 28,287 ketua isi rumah yang terkesan akibat bencana banjir telah menerima agihan bantuan wang ihsan (BWI) setakat pukul 12 tengah hari ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu ciapan di Twitternya pada pukul 12.47 tengah hari tadi.

Sehingga jam 12 tengahari, seramai 28,287 mangsa bencana banjir telah menerima bantuan Wang Ihsan (BWI)

Bagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat ini, boleh segera menghubungi Pegawai Daerah anda untuk bantuan segera oleh kerajaan@zukiAli_@ICU_JPM @mynadma

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) January 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau dalam masa sama meminta individu yang masih belum mendaftar atau mendapat manfaat itu supaya menghubungi pegawai daerah di kawasan masing-masing untuk bantuan segera.
Sebelum ini kerajaan mengumumkan, bantuan BWI untuk mangsa banjir ditingkatkan kepada RM1,000 daripada RM500 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana itu.
[LAPOR LANGSUNG] MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di beberapa negeri
#mangsa banjir #ismail sabri yaakob #wang ihsan #Bantuan Wang Ihsan