awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 86 lagi kes positif COVID-19 di PPS

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
21/12/2021
12:39 MYT
Banjir: 86 lagi kes positif COVID-19 di PPS
Dr Noor Hisham berkata tiada kejadian kes positif COVID-19 dilaporkan berlaku dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan 86 lagi kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 267 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 75 kes telah dikesan melalui saringan kemasukan ke PPS, manakala sebanyak 11 kes lagi adalah kes COVID-19 yang sedia ada dan sedang menjalani kuarantin sebelum kejadian banjir.
Walau bagaimanapun, tiada kejadian kes positif COVID-19 dilaporkan berlaku dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS.
“Kesemua 86 kes telah diasingkan daripada mangsa banjir yang lain iaitu sembilan kes ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), 12 kes di hospital, 62 kes di PPS kuarantin, dan tiga kes menjalani kuarantin di rumah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir 2021: 17 terkorban akibat banjir di Selangor
Hari ini, sebanyak 3,140 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,727,824 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan di PPS
#KKM
#Banjir 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan