awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir air pasang besar, 50 mangsa dipindahkan di Tanjung Dawai

Bernama
Bernama
23/10/2025
01:35 MYT
Banjir air pasang besar, 50 mangsa dipindahkan di Tanjung Dawai
Penduduk berada dalam kawasan berisiko diarahkan berpindah ke PPS sejak malam tadi bagi mengelakkan perkara tidak diingini. - Gambar hiasan/BERNAMA
SUNGAI PETANI: Sebanyak 50 penduduk Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choong Cheng akibat banjir air pasang besar, semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapten (PA) Amirul Asyraf Mohamad Mayidin berkata PPS dibuka pada 6 petang dan mangsa terdiri daripada 23 keluarga.
Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Sungai Pial Ahmad Fauzi Othman semasa dihubungi berkata hujan lebat berterusan dari pagi hingga malam tadi memburukkan lagi keadaan.
"Selain beberapa rumah dilaporkan terancam sejak beberapa bulan lepas, ada lagi yang turut terjejas akibat hakisan pantai dan keadaan lebih teruk selepas dibadai ombak semalam," katanya.
Ahmad Fauzi berkata penduduk berada dalam kawasan berisiko diarahkan berpindah ke PPS sejak malam tadi bagi mengelakkan perkara tidak diingini.
"Hakisan semakin teruk. Malah ada tembok baru siap juga dilimpahi air dan pagi ini, cuaca masih mendung selain hujan renyai," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan