awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 'Anak-anak kita jauh lebih kental' - Fadhlina puji kehadiran calon SPM lebih 97 peratus

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2024
03:40 MYT
Banjir: 'Anak-anak kita jauh lebih kental' - Fadhlina puji kehadiran calon SPM lebih 97 peratus
Fadhlina Sidek berkata, kehadiran calon di tiga negeri itu berada di atas paras peratusan kehadiran keseluruhan iaitu 97.49%. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
PUTRAJAYA: Peratusan kehadiran calon ujian bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di tiga negeri yang paling terjejas akibat banjir ialah 97.54% di Kelantan, Terengganu (98.01%) dan Kedah (97.94%).
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kehadiran calon di tiga negeri itu berada di atas paras peratusan kehadiran keseluruhan iaitu 97.49%.
"Angka bersuara lebih lantang kerana angka-angka ini adalah hasil kerja keras daripada semua yang meredah air untuk memastikan anak-anak kita sampai ke dewan peperiksaan dengan selamat.
"Saya faham dengan sentimen yang menderas di sebalik kritikan yang menghujani diri saya dan KPM.
"Namun saya tetap mempertahankan pendekatan yang kita ambil ketika kita berdepan dengan banjir iaitu kita cuba sedaya upaya mengurangkan impak banjir terhadap 1.3 peratus calon di kawasan terjejas tanpa kita mencetuskan masalah baharu kepada 98.7 peratus calon SPM yang lain di seluruh Malaysia," katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Khamis.
Dalam pada itu, Fadhlina turut memuji kesungguhan pelajar di negeri terjejas dan mereka mempunyai jiwa lebih kental berbanding apa yang orang ramai bayangkan.
"Saya ingin kongsikan bahawa anak-anak kita jauh lebih kental daripada apa yang kita lihat dan kita saksikan. Dan pengajaran ini apa yang boleh saya kongsikan, jangan sesekali meragui kemampuan anak-anak kita.
"Apabila berlaku sesuatu yang belum ditemui atau (diketahui kesan) jangka panjangnya, kita lakukan segala yang mampu bersama dan Insya-Allah anak-anak kita akan lihat bagaimana keputusan itu kita ambil pastinya untuk kepentingan mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Kementerian Pendidikan
#SPM
#banjir2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan