awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Bali: Malaysia bersolidariti dengan Indonesia - PM Anwar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
12/09/2025
03:20 MYT
Banjir Bali: Malaysia bersolidariti dengan Indonesia - PM Anwar
Malaysia berkongsi dukacita bersama rakyat Indonesia dan menzahirkan doa sepanjang proses pemulihan banjir, kata Perdana Menteri Anwar. - Gambar Reuters
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan nyawa dan kerosakan besar akibat banjir kilat yang melanda beberapa wilayah di Bali, Indonesia.
Dalam perkongsian di akaun media sosial, Perdana Menteri menyatakan Malaysia bersolidariti dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan rakyat republik itu dalam menghadapi detik penuh perit tersebut.
Anwar dalam masa sama turut mendoakan serta bersimpati dengan keluarga mangsa yang kehilangan nyawa selain mereka yang terjejas dari segi tempat tinggal dan sumber pendapatan.
"Malaysia berkongsi dukacita bersama rakyat Indonesia dan menzahirkan doa sepanjang proses pemulihan ini,” kata beliau dalam hantaran yang dimuat naik, pada Jumaat.
Media tempatan, Kompas melaporkan angka korban meningkat kepada 16 orang setakat Jumaat.
Sementara itu, Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) bersama kerajaan Provinsi Bali sebelum ini mengisytiharkan status darurat bencana selama seminggu berikutan banjir kilat yang meragut sembilan nyawa di beberapa wilayah.
Status darurat itu pada awalnya dicadangkan berkuat kuasa selama dua minggu, namun dipinda kepada seminggu selepas penilaian mendapati keadaan tidak terlalu serius.
Antara daerah paling terjejas teruk ialah Denpasar, Jembrana, Gianyar, Klungkung, Badung dan Tabanan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Bali
#banjir
#Prabowo Subianto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan