awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Kedah perlu adakan suruhanjaya siasatan - SAM

Bernama
Bernama
06/07/2022
08:57 MYT
Banjir Baling: Kedah perlu adakan suruhanjaya siasatan - SAM
Banjir di Baling meragut tiga nyawa, manakala lebih 1,400 penduduk terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selain tujuh rumah musnah dan kira-kira 70 rumah lagi rosak. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Kelantan perlu mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca tragedi banjir di Baling dan Gunung Jerai baru-baru ini, menurut Sahabat Alam Malaysia (SAM).
Dalam kenyataan hari ini, Presiden SAM Meenakshi Raman berkata siasatan itu perlu bagi memastikan punca sebenar apa yang berlaku di negeri itu selain mengenal pasti langkah dan jurang yang perlu ditangani dengan segera.
"Bagi menjelaskan perkara ini dan mendapatkan semula keyakinan orang ramai, SAM sekali lagi menyeru kerajaan negeri Kedah untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam.
"Sekadar menyalahkan alam semula jadi tidak berkesan lagi kerana keamatan dan kekerapan hujan lebat berikutan perubahan iklim akan menjadikan masalah berulang," katanya.
Banjir di Baling meragut tiga nyawa, manakala lebih 1,400 penduduk terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selain tujuh rumah musnah dan kira-kira 70 rumah lagi rosak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir baling
#suruhanjaya siasatan
#Kerajaan negeri Kedah
#Sahabat Alam Malaysia
#SAM
#Meenakshi Raman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan