BALING: Siapa yang tidak sedih dan berduka kediaman yang selama ini menjadi tempat perlindungan paling selamat hilang dalam sekelip mata terjejas teruk akibat bencana banjir.
Jika rumah dan harta benda musnah akibat kejadian itu boleh dicari, namun, kehilangan nyawa orang yang dikenali adalah sesuatu yang sukar untuk diterima.
Ketika ini, penduduk Kampung Iboi, dekat Kupang dalam daerah Baling hanya mampu mengenang nasib melihat nasib dialami sejak kejadian banjir dua hari lalu.
Kejadian kepala air yang berlaku di situ benar-benar meninggalkan truma terhadap mangsa.
Kesedihan dan kedukaan mereka tambah berganda apabila arus deras turut mengheret sama bongkah serta serpihan kayu di dalam dan di luar rumah.
Seorang mangsa bencana itu, Mohd Akmal Awang Kecik, 45, berkongsi detik-detik cemas yang dilaluinya ketika melihat air mulai naik sebelum memenuhi ke dalam rumahnya.
Pada saat itu, apa yang terlintas di fikirannya ialah menyelamatkan ibunya yang lumpuh serta anak saudara dan adiknya.
Kata Mohd Akmar, dia hanya sempat mendukung ibunya serta memindahkan anak saudara dan adiknya ke kawasan selamat.
“Awalnya hujan lebat lebih kurang pukul 4 petang, kemudian (tidak lama selepas itu) saya nampak air sudah mula melimpah belakang rumah dan air cepat naik dari belakang dapur sebab ada sungai.
“Jadi, saya pun cepat-cepat selamatkan ibu saya dengan dua orang anak saudara dan adik saya untuk keluar dari kawasan banjir dan kami bergerak ke tempat tinggi untuk selamatkan diri,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di lokasi kejadian banjir.
Bagi Abdul Rahman Ahmad, 70, yang juga anak jati kampung berkenaan, kejadian kepala air ini tidak pernah dilaluinya sepanjang hayatnya di situ.
Abdul Rahman meluahkan, tragedi itu memusnahkan bukan setakat barangan perkakasan rumah malah lima buah kenderaannya turut ditenggelami dan dihanyutkan air.
Bahkan, apa yang turut membuatkan warga emas itu bersedih ialah perniagaan kedai runcitnya turut terjejas apabila hampir kesemua barangan rosak dan hilang dibawa arus.
“Dalam rumah memang teruklah, peti ais habis (rosak) kusyen semua habis (rosak)… bukan sahaja air (banjir) saja masuk rumah, (bahkan) selut dan lumpur (juga masuk) dalam kedai. Barang-barang runcit habis semua,” kongsi Abdul Rahman lagi.
Sementara itu, pesara tentera Ahmad Latif, 72, pula menyatakan rasa kesalnya kerana
penduduk telah membantah projek kolam takungan di puncak Gunung Inas yang dikatakan pecah sehingga menyebabkan kejadian kepala air serta banjir lumpur yang mengalir ke Sungai Lata Celak, Kampung Iboi.
Menurutnya, kolam tersebut dipercayai dibina syarikat yang terbabit dalam projek tanaman durian Musang King sejak 2018 bagi menyiram antara 4,000 ke 5,000 batang pokok durian di kawasan berkenaan.
Sekalipun, redha dan berlapang dada dengan ujian Allah termasuk kemusnahan harta benda, namun, apa yang paling menyedihkan Ahmad ialah kehilangan jiran yang tinggal berhadapan rumahnya selepas dihanyutkan air.
“Saya mengharapkan pihak berwajib batalkanlah projek ini. Apa yang kita nak buat projek mega tetapi rakyat menderita, tiga nyawa di depan saya meninggal,” ujarnya dalam nada pilu.
Kejadian kepala air itu mengorbankan nyawa tiga sekeluarga iaitu Salmah Mat Akib, 53, dan anak bungsunya, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, serta menantunya, Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang mengandung empat bulan selepas hanyut bersama rumah mereka apabila bongkah kayu yang datang bersama arus membadai rumah mereka.
Mayat Salmah dan menantunya Nurul Anis ditemukan dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan kayu kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka yang dihanyutkan arus deras.
Sementara mayat terakhir ditemui tidak jauh dari lokasi dua mayat yang ditemukan sebelum itu.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jul 06 2022
Lumpur yang dibawa oleh banjir dan kepala air di Kampung Iboi, dekat Kupang dalam daerah Baling. - Gambar Astro AWANI
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.
Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.
Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.
Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.
Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.
Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.
Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.
Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM
Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.
Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.