BALING: Wanita hamil yang maut dalam kejadian banjir lumpur di Kampung Iboi, Kupang di sini sempat memilih nama untuk anak lelaki dalam kandungannya.
Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan ketika itu memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.
Suaminya, Khairul Asyraf Nor Azman, 24, berkata, isterinya sangat teruja dengan kandungan pertama berkenaan dan tidak sabar menunggu cahaya mata itu lahir.
"Saya reda dengan semua yang terjadi dan sempat menatap wajah anak lelaki saya sebelum dikebumikan," katanya ketika ditemui selepas selesai urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Surau Al-Istiqamah di Kampung Charuk Bemban Dalam di sini, pada awal pagi Rabu.
Menurut Khairul Asyraf, isterinya yang tidak bekerja itu sebelum ini meminta kebenaran untuk menjaga ibunya, Salmah Mat Akib, 53, yang terlantar kerana lumpuh.
"Dia seorang isteri yang baik dan patuh pada kata-kata saya, dia juga yang minta nak jaga mak saya memandangkan saya bekerja di Pulau Pinang," katanya.
Sementara itu, Abdul Rahman Said, 71, berkata, isterinya Salmah yang lumpuh sempat menunjukkan kaki kanannya yang boleh diangkat semula.
"Sebelum ini disebabkan lumpuh kira- kira setahun lebih, kaki sebelah kanan memang langsung tidak boleh digerakkan.
"Tetapi tengah hari pada hari kejadian,sebelum saya keluar rumah, dia panggil saya dan tunjuk kakinya sudah boleh diangkat semula," katanya.
Abdul Rahman berkata, itu adalah kenangan paling manis yang ditinggalkan oleh arwah isterinya sebelum pergi buat selama-lamanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 06 2022

Khairul Asyraf mendukung jenazah anaknya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Surau Al-Istiqamah pada Rabu. - Astro AWANI

Wanita berihram kerjakan umrah masih dicari - Idris Ahmad
Siasatan berkaitan tindakan seorang wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan mengenakan pakaian ihram lengkap seperti lelaki masih dijalankan termasuk bekerjasama dengan Jabatan Imigresen.

Kematian Penghuni | Ustaz, tiga warden direman tujuh hari hingga Jumaat
Mahkamah Majistret Taiping membenarkan seorang ustaz dan tiga warden direman selama tujuh hari berhubung kes kematian seorang penghuni pusat pemulihan dadah di Padang Rengas disyaki dipukul, Rabu lepas. Perintah reman dikeluarkan Majistret Adibah Abdul Kadir selepas menerima permohonan pihak polis untuk membantu siasatan.

Mahkamah | Memelihara kebebasan badan kehakiman dan legislatif
Kerajaan memberi jaminan bahawa kebebasan badan kehakiman dan legislatif di negara ini akan terus dipelihara. Jaminan itu diberikan bagi mengelak konflik antara kedua-dua badan tertinggi yang menjadi tiang seri kepada Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Malaysia, selain eksekutif. Katanya, ketiga-tiga institusi itu mempunyai peranan masing-masing dan perlu dihormati antara satu sama lain. Bagaimana untuk memelihara kebebasan badan kehakiman dan legislatif ini? Dr Muhammad Mohan, President of Transparency International-Malaysia (TI-Malaysia)

PRU15 | Segerakan atau UMNO, BN tewas - Ahmad Zahid
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menggesa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan dengan segera atau UMNO dan Barisan Nasional berdepan dengan kekalahan. Menurut Presiden UMNO itu, parti berkenaan sudah lama membuat pendirian tersebut dan kini terpulanglah kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk menyegerakan tuntutan akar umbi dan parti UMNO.

Kebakaran Sandakan: Identiti seorang daripada tiga mangsa rentung dikenal pasti - Polis
Identiti seorang daripada tiga mangsa rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat di Taman Rajawali, dekat Batu Tujuh, berjaya dikenal pasti.

Kumpul bisa kala jengking... kalau dapat seliter nilai harganya AS$10 juta!
Setiap titisan bisa itu dengan teliti dikumpulkan dalam mangkuk, dan kemudian dibekukan sebelum diolah menjadi bentuk serbuk untuk dijual.

Penuntut Malaysia dibenarkan masuk ke China mulai 24 Ogos - Kedutaan
Pelajar asing yang memegang permit belajar di China dan masih sah akan dibenarkan memasuki negara ini mulai 24 Ogos, menurut Kedutaan China di Malaysia.

Moral pemain JDT merosot selepas ketinggalan dua gol - Bidoglio
Dua jaringan awal Urawa Red Diamonds telah 'membunuh' semangat JDT ketika tewas 0-5 pada pertembungan pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC 2022.

Remajakan parti: UMNO Perak akan ketengah ramai calon muda dalam PRU15 - Saarani
UMNO Perak dijangka mengetengahkan lebih ramai calon muda sebagai usaha meremajakan parti itu bukan sahaja untuk PRU15 malah demi masa depan parti.

Jenayah | Kegiatan pinjaman wang tidak berlesen lumpuh
Polis Terengganu berjaya melumpuhkan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen yang berselindung di sebalik perniagaan rokok seludup. Kegiatan empat lelaki berusia antara 26 hingga 34 tahun yang beroperasi di dua kediaman sekitar bandar raya itu terbongkar selepas premis berkenaan diserbu pada Rabu dan Khamis.