awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
Dasar Penyakit Jarang Jumpa perkemas tadbir urus, akses rawatan - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Bas RapidKuantan hentikan operasi sepenuhnya

Haider Yutim
Haider Yutim
04/12/2013
23:13 MYT
Banjir: Bas RapidKuantan hentikan operasi sepenuhnya
Perkhidmatan bas RapidKuantan bagi 13 laluan di bandar Kuantan dan kawasan sekitarnya, yang berhenti sementara semalam kerana banjir terus menghentikan operasi sepenuhnya pada Rabu.
Perkhidmatan bas tersebut diberhentikan sepenuhnya pada jam 1 tengahari semalam dengan kesemua bas dipanggil balik ke depoh.
“Kita menutup semua laluan buat sementara bermula 1 tengahari semalam dan terus diberhentikan hari ini sehingga mendapat arahan daripada pihak berkuasa,” kata Ketua Pegawai Operasi RapidKuantan, Encik Zainurul Hakim Mohamad dalam satu kenyataan pada Rabu.
Banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk hari ini dengan beribu-ribu mangsa terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran.
Menurut kenyataan itu lagi, RapidKuantan turut memberi bantuan dengan menyediakan tiga buah bas untuk membawa mangsa banjir di Permatang Badak dan Sg Isap ke penempatan sementara.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan banjir yang berlaku kali ini adalah lebih buruk berbanding dengan banjir pada tahun 2001.
Beliau juga telah mengarahkan supaya beberapa kem tentera dijadikan pusat pemindahan baru mangsa banjir di Kuantan.
Katanya, ia adalah berikutan terdapat pusat pemindahan yang terlalu ramai dan tidak selesa keadaannya.
Topic Berkaitan
#Adnan Yaakob
#banjir
#Kuantan
#operasi
#perkhidmatan
#RapidKuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan