MALAYSIA
Banjir: Beberapa kawasan ekopelancongan utama di Perlis belum beroperasi
Keadaan sungai di Perlis yang melimpah mengakibatkan banjir di pekan Kangar pada November lepas. - Foto fail/BERNAMA
PADANG BESAR: Beberapa kawasan ekopelancongan utama di Perlis masih belum dapat dibuka sepenuhnya susulan kerosakan akibat banjir besar yang melanda negeri itu pada penghujung November hingga awal Disember lepas.
Pengarah Perhutanan Perlis Ag Shaffie Ag Ahmad berkata kawasan ekopelancongan yang di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Perlis yang terjejas itu termasuk Denai Warisan Wang Kelian, Taman Negeri Wang Kelian serta Gua Kelam 1 di Kaki Bukit.
"Kerja baik pulih dan konservasi di kawasan terjejas akan diteruskan secara berperingkat bagi memastikan keselamatan, kelestarian alam sekitar serta keselesaan pengunjung terjamin sebelum dibuka sepenuhnya kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Denai Warisan Wang Kelian di sini pada Selasa.
Ag Shaffie berkata di Denai Warisan Wang Kelian, laluan pejalan kaki sepanjang kira-kira 30 hingga 40 meter runtuh akibat arus air deras, sekali gus menjejaskan aspek keselamatan pengunjung dan memerlukan kerja pembaikan.
Beliau berkata di Taman Negeri Wang Kelian pula berlaku kejadian tanah runtuh serta kerosakan terhadap beberapa fasiliti awam yang menyebabkan kawasan itu terpaksa ditutup bagi aktiviti pelancongan dan kini sedang menjalani kerja penyelenggaraan serta konservasi.
"Manakala di Gua Kelam 1, laluan jambatan masih belum dapat dibuka kerana terputus akibat banjir. Namun Galeri Gua Kelam, Rumah Cermin dan aktiviti di Gua Kelam 2 telah dibuka semula mulai 25 Dis 2025 selepas kerja pembaikan asas serta penilaian keselamatan selesai dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA