awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Bekalan makanan cukup, tidak berlaku pembelian panik - KPDNHEP Kelantan

Bernama
Bernama
27/02/2022
20:00 MYT
Banjir: Bekalan makanan cukup, tidak berlaku pembelian panik - KPDNHEP Kelantan
Bekalan makanan di kawasan terjejas banjir di Kelantan masih mencukupi dan tidak berlaku pembelian panik oleh mangsa setakat ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA BHARU: Bekalan makanan di kawasan terjejas banjir di Kelantan masih mencukupi dan tidak berlaku pembelian panik oleh mangsa setakat ini, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Azanizam Affendi Juri.
Beliau berkata pihaknya belum menerima sebarang aduan berkaitan kekurangan bekalan makanan kerana pemantauan sentiasa dilakukan bagi memastikan keberadaan barangan keperluan mencukupi dengan pemborong dan peruncit yang dilantik.
"Pelan Kontingensi Menghadapi Bencana Alam, khususnya banjir, yang diwujudkan sebelum ini adalah sebagai penanda aras bekalan barang di negeri ini malah setakat ini, kesemua 99 pemborong dan 225 peruncit yang dilantik tidak terjejas dengan banjir," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Azanizam Affendi berkata pihaknya turut melantik 41 pemborong dan 53 peruncit di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri sebagai persediaan menghadapi banjir dan mereka dibenarkan menyimpan barang kawalan melebihi 30 peratus daripada had lesen.
"Semua yang dilantik berperanan untuk menyediakan stok penimbal kepada KPDNHEP Kelantan sekiranya banjir semakin buruk.
"Pemeriksaan dan pemantauan dilakukan setiap hari dan maklumat berkaitan status bekalan di kawasan yang terjejas banjir akan direkodkan bagi tujuan penyelarasan bekalan sekiranya keadaan semakin mendesak," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga akan sentiasa mengadakan libat urus dengan agensi kerajaan dan industri terbabit bagi tujuan penyelarasan terutama berkaitan bekalan kepada kawasan terjejas banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan makanan
#banjir kelantan
#KPDNHEP
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan