awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan sasar memvaksin lebih 45 juta kanak-kanak dalam kempen anti-polio pertama 2026
Pope Leo XIV tegaskan hak orang awam Palestin untuk hidup aman
Angkasawan NASA tinggalkan ISS Rabu susulan isu kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir bertambah buruk di Sarawak, 2,831 mangsa dipindahkan ke 39 PPS

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
10/01/2026
01:00 MYT
Banjir bertambah buruk di Sarawak, 2,831 mangsa dipindahkan ke 39 PPS
Bahagian Serian dikenal pasti sebagai kawasan paling teruk terjejas, dengan sembilan PPS dibuka di daerah Siburan. - Foto JPBN Sarawak
KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak terus menunjukkan perkembangan membimbangkan apabila jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat dengan ketara dalam tempoh 24 jam lalu.
Setakat jam 8 pagi Sabtu, sebanyak 39 PPS telah dibuka berbanding hanya 15 PPS pada jam 4 petang Jumaat.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Kapt (PA) Nazura Marlinda Sabran berkata, peningkatan itu turut melibatkan jumlah mangsa yang kini mencecah 2,831 orang daripada 826 keluarga.
Bahagian Serian dikenal pasti sebagai kawasan paling teruk terjejas, dengan sembilan PPS dibuka di daerah Siburan.
Antara PPS yang beroperasi ialah Balai Raya Kampung Betong Kanowit yang menempatkan enam keluarga melibatkan 26 mangsa; SK Tanah Merah (106 keluarga, 300 mangsa); Dewan Serbaguna Kampung Lintang Baru (29 keluarga, 116 mangsa); dan St Peter Simpok (36 keluarga, 136 mangsa).
Seramai 203 mangsa daripada 50 keluarga pula ditempatkan di Dewan Taman Duranda Emas. PPS lain di Siburan termasuk Dewan Serbaguna Kampung Kerumboi (6 keluarga, 32 mangsa), Dewan Serbaguna Kampung Batu Gong (8 keluarga, 30 mangsa), Dewan Serbaguna Kampung Mundai (7 keluarga, 11 mangsa) dan Dewan Serbaguna Kampung Maang (33 keluarga, 140 mangsa).
Di daerah Serian, sebanyak 11 PPS telah dibuka, antaranya Dewan Baru Kampung Rimba Padi (42 keluarga, 142 mangsa), Dewan Sri Tok Nan (20 keluarga, 64 mangsa), Dewan SK Tebekang (13 keluarga, 44 mangsa), Dewan Ranchan (8 keluarga, 18 mangsa), SK Pangkalan Sorah (18 keluarga, 52 mangsa) dan SK Krusen (4 keluarga, 34 mangsa).
Selain PPS Dewan Serbaguna SJKC Chung Hua Batu 29 yang menempatkan 17 keluarga dan 63 mangsa, empat lagi PPS turut dibuka iaitu Dewan Tebakang Dayak, Balai Raya Kampung Krusen Mawang, Dewan Kampung Krusen Siu dan Masjid Darul Hafsah Kampung Lintang Baru.
Jumlah mangsa di pusat-pusat ini masih dalam proses pengemaskinian.
Di daerah Balai Ringin, tiga PPS dibuka melibatkan Depo Balai Ringin (35 keluarga, 149 mangsa), Balai Raya Kampung Ensebang Padang Bilon (17 keluarga, 37 mangsa) dan Dewan Kampung Melayu Balai Ringin (11 keluarga, 31 mangsa).
Sementara itu, satu PPS dibuka di daerah Tebedu iaitu Balai Raya Kampung Reteh Mawang yang menempatkan 15 keluarga melibatkan 70 mangsa.
Daerah Samarahan merekodkan empat PPS aktif, masing-masing di SK Endap (113 keluarga, 375 mangsa), Dewan Suarah (3 keluarga, 13 mangsa), Dewan Lenggai Kampung Entingan (17 keluarga, 55 mangsa) dan Balai Raya Kampung Nangka (16 keluarga, 42 mangsa).
Di daerah Simunjan, seramai 80 mangsa daripada 31 keluarga berlindung di Dewan Mesra Simunjan, manakala 21 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Dewan Masyarakat daerah Gedong.
Daerah Bau pula menyaksikan 94 mangsa daripada 24 keluarga berlindung di Dewan Serbaguna Kampung Bijuray Mongag, Krokong, serta Dewan Serbaguna Kampung Blimbin Krokong yang menempatkan 20 keluarga melibatkan 78 mangsa.
Di daerah Kuching, PPS Surau Nur Hidayah Batu Kitang Jaya dibuka untuk 20 keluarga dengan 53 mangsa.
Daerah Sibu merekodkan pemindahan tujuh mangsa daripada dua keluarga ke Dewan Kampung Jeriah, manakala di daerah Dalat, seramai 155 mangsa daripada 55 keluarga ditempatkan di Dewan James, Sebaya Atas, Sungai Baoh Burak.
Di daerah Sebauh, Bintulu, tujuh mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke Balai Raya Sebauh. Di Miri pula, tujuh sekeluarga berlindung di Dewan Pujut Tanjung Baru.
Selain itu, 61 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di PPS Masjid Darul Iman Kampung Tudan Fasa 2A, manakala PPS Dewan Pusat Komuniti Tudan Fasa 4 menempatkan 20 keluarga melibatkan 84 mangsa.
Menurut JPBN Sarawak, fenomena banjir kali ini melibatkan hampir seluruh negeri dan berpunca daripada hujan luar biasa akibat Monsun Timur Laut yang bertembung dengan fenomena air pasang besar.
Bagi menghadapi bencana ini, persiapan awal telah dilaksanakan sejak November lalu, melibatkan lebih 7,000 anggota serta pelbagai aset keselamatan dan penyelamatan.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa
#JPBN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan