MALAYSIA
Banjir: Calon SPM terpaksa tinggalkan buku, kelengkapan peperiksaan
Nik Mohd Idham (kiri) terpaksa mengulangkaji melalui telefon apabila terpaksa meninggalkan buku, kelengkapan peperiksaan di rumah untuk menyelamatkan diri ke PPS SK Tapang, Kota Bharu. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Calon Sijil Pelajar Malaysia (SPM) terpaksa meninggalkan buku, kelengkapan peperiksaan di rumah untuk menyelamatkan diri ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang di sini, selepas air naik terlalu cepat sehingga mencecah 0.6 meter pada Sabtu.
Ringkasan AI
Nik Mohd Idham Nik Abdul Rahim, 17, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji berkata, dia hanya tinggal sehelai sepinggang kerana banjir kali ini berlaku di luar kawalan.
"Saya tidak sempat buat persiapan dan tidak sangka akan menjadi mangsa banjir, kerana sebelum ini keadaan tidak seteruk sekarang.
"Sepanjang di PPS saya hanya mampu mengulangkaji menggunakan telefon, mujurlah di sini ada bekalan elektrik serta pencapaian internet laju," katanya kepada pemberita ketika ditemui di PPS SK Tapang.
Menurut calon SPM itu, dia kini berdebar memikirkan akan menduduki peperiksaan pada Selasa.
Ujarnya, dia terpaksa mencari sudut yang tenang serta tanpa gangguan di PPS untuk mengulangkaji.
"Baju serta kelengkapan lain berada dalam keadaan baik, cuma kasut basah.
"Lebih membimbangkan lagi apabila memikirkan laluan ke sekolah juga dinaiki air, harap pada hari peperiksaan cuaca semakin baik," katanya.
Bagi Mohd Faris Aiman Mohd Azri, 17, calon SPM di SMK Tanjong Mas di sini memberitahu, dia juga terpaksa mengulangkaji melalui telefon.
Ujarnya, guru telah menghantar nota melalui WhatsApp dan ia banyak membantu sepanjang berada di PPS.
"Walaupun ulangkaji guna telefon dan buku tidak sama tapi ia dapat mengurangkan rasa berdebar untuk menduduki peperiksaan esok (Selasa).
"Banjir kali ini air naik terlalu cepat, saya tidak sempat untuk bawa buku-buku bersama," katanya yang hanya sehelai sepinggang semasa menyelamatkan diri ke PPS SK Tapang di sini. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa tinggalkan buku dan kelengkapan peperiksaan di rumah untuk menyelamatkan diri ke pusat pemindahan sementara (PPS) SK Tapang, Kota Bharu, akibat banjir mencapai ketinggian 0.6 meter pada Sabtu lalu.
- Nik Mohd Idham Nik Abdul Rahim, 17 tahun, pelajar SMK Panji, mengulangkaji melalui telefon di PPS SK Tapang kerana terpaksa meninggalkan barang penting di rumah akibat keadaan banjir yang terlalu cepat.
- Mohd Faris Aiman Mohd Azri, calon SPM dari SMK Tanjong Mas, juga menghadapi situasi serupa di PPS, menggunakan bantuan nota guru yang dihantar melalui WhatsApp untuk persediaan peperiksaan esok.