awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku

Bernama
Bernama
17/09/2024
12:15 MYT
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Pandangan dari udara situasi banjir di Kampung Padang Luar, Kubang Pasu hari ini. - Foto BERNAMA
JITRA: Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Pengarah JBPM Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang berkata langkah itu sebagai persediaan menghadapi bencana itu yang diramal buruk dalam beberapa hari.
"Selain itu, kita juga arahkan balai bomba berdekatan dengan sungai yang besar di Kedah ini iaitu Sungai Bata dan Kota Setar supaya siap siaga.
"Kalau ada rumah-rumah yang berdekatan dengan sungai, kita minta supaya lakukan persiapan awal kalau perlu berpindah, pindahlah sebelum berlaku perkara tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Malau di sini hari ini.
Beliau berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) turut meramalkan berlaku fenomena air pasang besar dalam tempoh terdekat, sekali gus boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran pantai.
Awang Hidzel turut menasihati orang ramai supaya menangguhkan sementara hasrat untuk bercuti atau melakukan aktiviti rekreasi di pantai atau sungai bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Setakat 5 petang ini, jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 675 orang terdiri daripada 159 keluarga dari Kubang Pasu, Pendang, Kulim dan Pokok Sena yang dipindahkan ke sembilan PPS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba kedah
#JBPM
#cuti dibeku
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan