Banjir dan tanah runtuh di KL akibat hujan lebat

Vilashiiney Panneerselvam
Mei 8, 2013 04:30 MYT
Kebanyakan jalan di Kuala Lumpur dilanda banjir dan tanah runtuh di Jalan Ampang berikutan hujan lebat semalam.
Tanah runtuh setinggi 25 meter yang berlaku di hadapan stesen LRT Dang Wangi menimpa dan merosakkan sembilan buah kereta.
Selain itu, terdapat pokok tumbang dan ini menyebabkan jalan ditutup dan kesesakan jalan.
Kerja-kerja penyelenggaraan bermula dari Jalan Mahameru ke PWTC. Manakala Jalan Salahuddin dan Jalan Bellfield pada pagi ini.
Keadaan lalu lintas di sebahagian ibu negara sesak teruk hari ini berikutan penutupan jalan untuk membersihkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa lokasi di bandar raya ini.
Antara jalan yang ditutup ialah dari Jalan Mahameru ke Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Salehuddin di belakang Bank Negara dan kedua-dua hala Jalan Ampang ke Bukit Nanas.
Sementara itu, Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang baru-baru ini memenangi pilihan raya melakukan lawatan ke kawasan terjejas bersama pihak yang berkenaan. Beliau berkata pekerja yang bertugas mengawal pam sungai tidak begitu efisyen.

Baru habis melawat mangsa banjir di KgBharu. Isu banjir ini adalah disebabkan kakitangan yg menjaga pum sungai tidak efficient.

— Johari Abdul Ghani (@joharighani_ttw) May 7, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#banjir #hujan lebat #jalan ampang #KL #LRT Dang Wangi #tanah runtuh