Banjir di Baling makin surut, jumlah mangsa di pusat pemindahan berkurangan

Astro Awani
November 8, 2015 04:38 MYT
Pusat pemindahan yang masih dibuka adalah di Kompleks Rakan Muda, Dewan Batu 48, Dewan Bonggol Derum, Tabika Gua Reban, Dewan Charok Sikin dan Bukit Terabak. - Gambar hiasan
Banjir yang berlaku di Baling, Kedah sejak dua hari lalu dilaporkan semakin pulih.
Sehingga jam 8.30 pagi Ahad, jumlah mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 178 orang melibatkan 44 buah keluarga berbanding 688 semalam.
Pusat pemindahan yang masih dibuka adalah di Kompleks Rakan Muda, Dewan Batu 48, Dewan Bonggol Derum, Tabika Gua Reban, Dewan Charok Sikin dan Bukit Terabak.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Baling, Shamsul Izrin memaklumkan pusat pemindahan masih dibuka kerana banjir di beberapa kawasan masih belum pulih sepenuhnya, walaupun air Sungai Ketil sudah surut.
#Baling #banjir #Pulih #pusat pemindahan #Sungai Ketil