MALAYSIA
Banjir di Hatyai: 40 pelajar, pensyarah UUM terkandas
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UUM Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata kesemua mereka berada di sana, bagi mengikuti program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025. - Foto UUM
ALOR SETAR: Sebanyak 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) terkandas di Hatyai, Thailand ekoran banjir di bandar itu hari ini.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UUM Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata kesemua mereka berada di sana, bagi mengikuti program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025.
"Mereka daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) mengikuti program itu bermula Isnin hingga 30 Nov.
"Setakat ini, kesemua pelajar dan pensyarah pengiring, dilaporkan dalam keadaan selamat dan universiti sedang menyelaras tindakan yang perlu, bagi memastikan urusan kumpulan ini dapat diteruskan dengan baik setelah keadaan kembali pulih," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Martadha berkata kebajikan dan keselamatan semua pelajar serta staf menjadi keutamaan dan pihak universiti sedang memantau keadaan itu secara berterusan.
Beliau berkata pihaknya turut berhubung rapat dengan Konsulat Malaysia di Hatyai bagi memastikan bantuan dan sokongan dapat diberikan segera.
"Keluarga pelajar dan staf yang terlibat juga dinasihatkan bertenang dan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih.
"Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. UUM komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan semua pelajar serta staf terjamin, khususnya dalam situasi tidak dijangka seperti ini," katanya.
-- BERNAMA